Sunday, May 31, 2015

Day 3 - Ayyuthaya Kingdom

Hari ke 3 dah kat Bangkok ni, kalau ikutkan iti yang aku buat pagi ni nak ke Maekhlong Railway Market and Amphawa Floating Market. So dari Hostel ke Stesyen Phloen Chit and naik BTS ke Stesyen Victory Monument. Dari situ exit gate 3 and boleh nampak minivan punya kaunter. Kitorang ke kaunter 13 untuk ke Maekhlong tapi ada note dekat kaunter tu cakap under renovation. Aku tak sure tu scam ke tak, tapi agak berbelah bagi jugak. Takut dah pergi jauh betul tengah removate, tak ke rugi. So kitorang decide tak pergi. Then kitorang nampak kaunter ke Ayyuthaya, Ayyutaya ni memang ada dalam iti tapi aku tak survey sangat sebab last minute Ily bagi tau tempat ni. Ayyuthaya ni merupakan ibu negara Thailand sebelum Bangkok and banyak tempat sejarah dekat sini. So kitorang pon ke Ayyuthaya, perjalanan agak lama dalam 1 jam 30 minit and harga 1 trip 60 baht je.



Sampai je Ayyuthaya dia drop kitorang dekat tepi jalan yang penuh dengan Tuk Tuk dengan teksi, so agak lost jugak sebab banyak review yang kitorang baca datang Ayyutahaya ni naik Train and dekat Train Station boleh sewa motor. And aku baru tahu yang Ayyuthaya ni besar, temple dia jauh jauh and agak susah kalau nak jalan sendiri, So nak tak nak, kitorang pon naik teksi, mula mula dia letak 900 baht untuk 3 jam. Then kitorang nego 750 baht untuk 2 jam, bg aku agak mahal lah tapi tu je the only choice yg ada. Takkan nak patah balik ke Bangkok kan. So dalam masa 2 jam ni dia bawak ke 4 jenis temple yg main dekat sini iaitu Wat Yai Chai Mongkhol, Budha Head, Wat Mongkonbodhit (Big Budha), dan Three Pagoda. Ada yg masuk kena byr and ada yg free. Pasal sejarah Ayyuthaya ni korang boleh google sendiri lah ye.

Budha Head at Wat Mahathat, considered as one of the World Heritages under UNESCO.

Wat Yai Chai Mongkol.



Three Pagoda.

So bg aku 2 jam pon dah cukup sebab kebanyakan temple ni semua sama, kecuali kau ni pecinta sejarah lah kan, hehehe. And rasa cam kurang berbaloi jugak kesini, maybe sebab jauh and harga dia kot, tp oke lah sebab at least aku pernah sampai ke sini.

Thursday, May 28, 2015

Day 2 - Don Mueang Airport ke Bangkok

Pagi lagi kitorang dah checkout untuk ke hotel, hotel kali ni kitorang book dekat Soi 4 Sukhumvit, still area Sukhumvit sebab bg aku area ni paling mudah public transport. So kitorang decide nak ke airport balik and baru ke hostel.

Dari airport korang boleh exit dekat gate 6 and naik bus A1, naik bus ni ke BTS Stesyen Mo Chit, dari Stesyen Mo Chit kitorang ke Stesyen Phloen Chit sebab tu yg paling dekat dengan hostel. Perjalanan dr airport ke Stesyen Mo Chit cuma dalam 30 or 40 minit, kebanyakan orang memang akan turun dekat stesyen ni. Bus ke Mo Chit cuma 30 baht seorang and BTS cuma 40 baht, so total baru 70 baht. Compare dengan teksi yg boleh cecah sampai 400 baht depends pada traffic.




Trip kali ni kitorang stay dekat WH Hostel sebab dia ada dorm yg asingkan perempuan so senang untuk Ily and Jaja. Kalau untuk mixed dorm harga dalam RM30 semalam tp untuk girl dorm RM40 semalam.


Mixed dorm.

Free coffee for everyone.

1st day kitorang just jalan area Bangkok, ke MBK, Platinum and lain lain. Memang shopping sakan lah dorang kat Platinum and ada makanan Halal dekat Platinum and MBK ni, untuk dinner kitorang makan dekat Yana Restaurant MBK Center. Tom Yum santan dia memang terbaik, sotong dia pon sedap. Harga agak mahal kalau compare dengan tempat lain, apa yg kitorang makan ni dalam 400 baht tapi serious berbaloi sebab sedap.


Wednesday, May 27, 2015

2nd Bangkok Trip (20 May 2015 - 26 May 2015) - Day 1

Assalamualaikum, entry kali ni aku nak cerita psl trip ke Bangkok  last week, lama juga kat sana sebenarnya, dalm 7 hari. Tapi kebanyakan tempat yang aku pergi sama trip aku ke Bangkok sebelum ni, so aku just update tempat yg 1st time aku sampai je kali ni. And agak frust bila copy gambar masuk laptop then gambar corrupt, tak boleh tengok. haih,

Trip kali ni aku ber3 dengan Ily and Jaja,  Plan asalnya nak tidur airport je sebab sampai pon dah pukul 10.00 malam so rugi kalau checkin hotel, tapi bila sampai je, dorang tengok terus tak jadi nak tidur, hehehe. So nak cari hotel last minute memang agak susah lah tp nasib betul2 depan Don Mueang Airport ni ada Amari Hotel. So kitorang terus tny kalau ada bilik kosong tp nak jadi cerita semua fully booked. Tapi nasib dorang ada provide taxi ke hotel lain, and kitorang pon ok je sebab tu je pilihan yg ada. Aku lupa nak tulis apa nama hotel tu tp just sesuai untuk korang tidur je lah, semalam 1000 baht and kalau nak WIFI kena bayar lain, hahahaha.



Gambar ihsan google sebab dah malas nak amik gambar time ni.