Sunday, May 21, 2017

Day 4 - Menyusuri kepulauan Lombok

Fuh, sedar tak sedar dah last day dekat Lombok. Pagi pagi tu awal lagi kitorang dah checkout. Sebabkan Cidomo tak masuk ke kawasan pendalaman, so kitorang dah deal dengan hotel untuk make sure ada Cidomo yang datang pickup pagi tu. Kalau tak memang melecet jugak lah nak ke Jeti. Sebabkan flight pukul 4.30 p.m and kitorang belum puas untuk jalan ke Lombok, so kitorang guna khidmat Opan untuk City Tour Lombok and terus hantar ke airport.

Super breakfast before checkout dari Giliran-ta.


Malaka - Malinbu - Villa Hantu - Sasaku (souvenir) - Desa Sukarara - Desa Sade - Airport

Malaka
Korang akan melalui Malaka swaktu perjalanan dari Bangsal ke Airport, view dekat sini memang cantik. Korang boleh lihat Gunung Agung Bali dari sini.


Gunung Agung, Bali.

Malinbu
Malinbu merupakan pantai yang terdapat di area Senggigi. Terdapat hotel hotel mewah di area Malinbu.

Villa Hantu
Villa hantu merpuakan villa yang tak berpenguni, ownernya mati sewaktu pembinaan and tak ada zuriat. So orang di kawasan kampung ini menjadikan villa ini sebagai satu tempat kunjungan pelancong, memang cantik untuk ambil gambar dekat sini.

Villa Hantu yang tak berapa nak berhantu.


Thank you cik photographer, hehehe.

Sasaku (souvenir)
Korang boleh singah kalau plan untuk beli souvenir, sebab baju dekat sini memang lawa. Kitorang yang mula mula plan tak nak beli apa pon tersangkut beli baju sampai 2 3 helai seorang.

Desa Sukarara
Kampung di mana kain tenun dan songket di lakukan, dekat sini korang boleh try pakaian tradisional Lombok and bergambar, free of charge. Sorry tak ada gambar, sebab bburuk. Hahaha.

Desa Sade
Perkampungan asal kaum Sade, korang akan dibawa oleh tour guide sambil dia explain tentang kaum dan perkampungan Sade ni.

Ayam Taliwang is a must kalau korang ke Lombok,korang boleh request nak lunch Ayam Taliwang dekat Opan.

So far bagi aku memang tak puas trip Lombok kalini, maybe sebab banyak tempat yang aku nak pi tapi tak sempat pi. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memang agak jauh, so make sure korang plan trip ni betul betul. Korang boleh gunakan khidmat Opan Lombok, insyaAllah puas hati.

Monday, May 15, 2017

Day 3 - Seharian di Gili Trawangan

Hari ke3 and kitorang plan ke Gili Trawangan. Banyak juga kitorang baca pasal scam dekat Bangsal, jeti untuk ke Gili Trawangan. Bluebird taxi pon tak dibenarkan untuk masuk sampai keBangsal. So untuk ke Bangsal, kitorang mintak Opan yang hantarkan. Actually untuk ke Gili Trawangan, korang boleh pilih samada nak naik public boat or speed boat. Public boat harga dia cuma 30K Rupiah and amik masa selama 45 minit, and waktu bergerak seawall 8.00 pagi and kitorang pilih untuk nak public boat sebab harga dia lebih murah.

Suasana di dalam public boat dari Bangsal ke Gili Trawangan.


Pengangkutan yang ada di Gili Trawangan Cuma basikal dan gidomo, so kitorang naik cidomo untuk ke hotel, bayaran cidomo ke hotel 100K Rupiah. Bila dah sampai ke Hotel Gili Ilander, tiba tiba dorang cakap hotel dah penuh. Diorang ada hantar email confirmation untuk stay, tapi sebabkan busy dekat sini so kitorang tak check email. Kitorang pon tak boleh argue pasal hal ni, and diorang suggest untuk stay dekat Giliran-Ta. Bagi aku Giliran-Ta ni memang selesa, servis dia tip top, and super breakfast. Hehehe.

Cidomo atau kereta kuda, pengangkutan asas di Gili Trawangan.

Lepas dah check in, kitorang sewa basikal untuk pusing Gili Trawangan. Kitorang banyak habiskan masa lepak di cafe and tepi pantai Gili Trawangan sambil tunggu sunset di Casa Vintage. Malam tu memang kitorang dah plan nak makan dekat pasar malam dia, on the way balik dari Casa Vintage tiba tiba hujan. Memang meredah hujan lah sampai ke pasar malam.




Sunset di Casa Vintage.

Pasar malam Gili Trawangan ni banyak dengan makanan seafood and nasi campur. Harga pon berpatutan and nasi campur dia sedap, maybe sebab lapar kot.  Just seafood dia bagi aku keras, maybe sebab aku amik yang bakar tu.  So far bagi aku Gili Trawangan ni lebih happening compare dengan Senggigi, tak sah kalau ke Lombok kalau tak ke Gili Trawangan.

Antara makanan yang di jual di pasar malam Gili Trawangan.

Wednesday, May 10, 2017

Day 2 - Snorkeling Gile Gede, Gili Renggit & Gili Layar

Before datang ke Lombok, sebabkan masa dekat sini memang terhad, kitorang memang dah plan betul betul nak ke mana. Untuk hari ke 2 ni kitorang plan nak ke Gili Gede, and aku check memang perjalanan dari Senggigi ke Jeti untuk ke 4 Gili ni amik masa 1 jam 45 minit. Agak mustahil kalau nak sewa motor ke sini, so before dating kitorang dah deal dengan Opan Lombok (contact number aku akan share nanti) ke Gili Gede. Transport dari Senggigi ke Jeti 600k Rupiah and Bot snorkeling ke 4 Gili tu 600k Rupiah untuk sebuah bot. So kalau korang pi berdua, Cuma korang 2 je pelancong dalam bot tu. Ni antara yg termurah yang aku jumpa time survey haritu.  Pagi tu lepas je breakfast, kitorang terus bertolak ke Jeti Gili Gede, dekat sana kitorang disambut oleh boatman Daeng dengan partner dia. Untuk snorkeling trip ni, ada 4 spot iaitu Gili Gede, Gili Rengit, Gili Layar and Gili Asahan.

Lombok Community Driver boat milik Daeng.

Menikmati Kopi Lombok dari atas bot.

Gili Gede 

Merupakan Gili yang terbesar di Lombok, lebih besar dari Gili Trawangan and dekat sini ada hotel yang korang boleh stay.


Laut yang masih asli di Gili Gede.

Gili Renggit

Dekat Gili Renggit ni ada jeti yang korang boleh lompat dari ketinggian 200m and 400m. Seriously korang kena try sekali, sekali pon ah cukup dah. Hahaha.


Lompat dari ketinggian 400m.

Gili Layar

Spot ke 3 kitorang ke Gili Layar. Dekat Gili Layar ni ada restoran untuk lunch and chalet untuk korang stay dekat sini. Chalet dia harga lebih kurang 400k Rupiah & 600k Rupiah semalam and restoring dia harga standard kalau korang makan dekat pulau lah k? Untuk 2 orang makan dalam 200k Rupiah. Kitorang banyak habiskan masa dekat sini sampai pukul 3.00 p.m. Sebabkan dah penat sangat and kitorang plan untuk makan Sate Lemungan dekat Senggigi Beach, kitorang skip untuk ke Gili Asahan and terus balik ke Senggigi. So far bagi aku snorkeling dekat 3 Gili ni memang best, plus servis dari Opan and Daeng memang superb. Tak rugi kalau korang nak try snorkeling dekat sini sebab coral dia masih cantik and orang tak ramai datang ke sini.

Selamat datang ke Gili Layar.


Senggigi Beach

Lepas balik dari snorkeling, kitorang siap siap untuk ke Senggigi Beach. Dah stay dekat Senggigi rugi lah kan kalau tak ke pantai. Serious ramai sangat orang time weekend, dah rasa macam dekat Port Dickson pulak,hehehe. Kitorang sempat try makan sate yang famous dekat pantai ni, Sate Lamungan, harga cuma 60K Rupiah untuk sepinggan complete bersama nasi impit. Korang kena try Sate Ayam, Sate Sapi, Sate Hati and Sate Usus. Sate Usus tu aku mampu makan secucuk ja, hehehe. Sebabkan malam tu malam last kitorang dekat Senggigi, kitorang habiskan masa jalan jalan di Senggigi and ke Senggigi Art Market.




Sate Campur (Ayam,Sapi,Hati & Usus)

Lombok Trip (22 April 2017 - 25 April 2017) - Day 1 - Bukan hari yang indah di Lombok

Assalamualaikum. Fuhhh, dah bersawang dah blog ni rasanya. Dekat setahun dah tak update apa apa aktiviti, sejak dah masuk kerja ni. Busy memanjang. Ok trip kalini aku ke Lombok, flight yang patutnya bertolak pukul 12.30 p.m , delay ke 3.30 p.m. So agak mereput lah dekat KLIA 2 tu tunggu flight. Perjalanan dar KLIA2 ke Lombok amik masa selama 3 jam and sebabkan cuaca kurang elok, kitorang sampai di Lombok International Airport pukul 8.00 p.m. Sampai je di airport, kitorang terus beli sim card untuk kegunaan di sini. Sebabnya, most of the hostel dekat sini memang wifi dia slow. So nanti susah nak upload gambar dekat instagram, hahaha. Dari airport, korang boleh pilih samada nak naik public bus or airport taxi. Public bus Cuma 65k Rupiah sahaja seorang and dia akan drop korang dekat area Senggigi, so nanti kat sana korang kena naik taxi ke airport. Perjalanan naik bus lebih kurang 1 jam 30 min ke 2 jam. Tapi sebabkan dah malam, so kitorang naik airport taxi. Harga untuk airport taxi ni 250k Rupiahuntuk 1 taxi  and amik masa selama 1 jam ke 1 jam 30 min. 

Sampai je di Senggigi, taxi terus drop di depan Blue Coral Hotel, hotel yang kitorang book untuk 2 hari dekat Senggigi ni. Tapi bila nak check in, tiba tiba receptionist dia kata hotel dah penuh. Aik,kitorang siap book dekat booking.com and dah malam malam macam ni, mana nak cari hotel. Then pihak hotel try jugak cari hotel yang kosong, last sekali kitorang decide untuk stay dekat Sendok Hotel. Sendok Hotel ni memang antara hotel yang kitorang survey haritu, tapi disebabkan last minute. Harga hotel ni jadi mahal, and kitorang tak bawak member so sorang sebilik memang melayang duit dekat hotel ja malam tu.Sebabkan  mood pon dah lari, kitorang cuma jalan jalan ke area Senggigi untuk cari makan and balik ke hotel,tidur.


Sampai sudah tak merasa.