Wednesday, April 15, 2020

Day 4 - Hong Kong Tram dan Instagram Pier

Alhamdullilah, dah hari terakhir kitorang di Hong Kong. So plan hari ni memang nak try naik tram and ke Instagram Pier. Rasa rugi pulak kalau dah sampai Hong Kong tak merasa untuk naik tram. Untuk maklumat korang, tram hanya cover untuk area Hong Kong Island and dari Kennedy Town ke Shau Kei Wan. So sebabkan hari ni hari terakhir, terpaksa lah kitorang usung luggage and simpan di luggage storage. Ada beberapa luggage storage yang korang boleh pilih ikut kesesuaian route korang. Kitorang simpan di Hong Kong Station Luggage Storage. Boleh check link ni kalau untuk ke storage yang lain "Hong Kong Luggage Storage".

Hong Kong Station Luggage Storage




Masa: 6.00 a.m - 1.00 a.m daily
Harga:
Kurang dari 3 jam: HK$ 57 per item
3 hingga 24 jam: HK$ 79 per item
Lokasi: Level G, berdekatan exit B.

Instagram Pier

MTR ke Kennedy Town, then exit korang pilih jalan yang betul betul di sebelah laut and terus berjalan lebih kurang 20 minit menghala ke Central sampai jumpa pelabuhan di sebelah kiri,situlah Instagram Pier.

Memang tak banyak orang pos tentang Instagram Pier ni, so kitorang pon was was takut tersesat sebenarnya. Plus nak masuk ke dalam Instagram Pier tu pon takut sebab dorang masih gunakan pier tu untuk hantar barang. Tapi memang berbaloi untuk korang datang and amik gambar.



Kawasan tu masih beroperasi macam biasa so make sure korang tak ganggu dorang buat kerja and jaga keselamatan.


Pasangan pengantin baru kan, bagi chance lah.

Hong Kong Tram

Puas bergambar di Instagram Pier, perut pon dah lapar so kitorang decide nak ke Warung Malang di Causebay. Di luar Instagram Pier ada Tram Station and pilih route ke Central. Makesure korang tengok station dia betul betul sebab kitorang terlajak sampai ke station yang last. Patutlah rasa lambat sangat nak sampai ke Causeway Bay tu, hahaha. So last sekali kitorang naik balik MTR ke Causeway Bay.


Harga tiket untuk Hong Kong Tram.


Kebanyakan yang naik hanyalah warga emas dan orang tempatan.




Warung Malang (lunch)

Harga: HK$ 150 +-

MTR ke Causeway Bay, then exit and menghala ke  Dragon Rise Building,Pennington Street. Warung Malang terletak di tingkat 2.

Dah lama tak makan nasi, so memang puas bila dapat makan nasi dekat sini. Rasa pon sedap and harga pon ok. Memang berbaloi makan dekat sini, maybe sebab tekak orang melayu kan? hehehe.

So demikian lah trip honeymoon kitorang ke Hong Kong. Maybe ni kali terakhir aku ke Hong Kong ni sebab bagi aku agak bosan and makanan dia mahal sikit maybe sebab susah nak dapat makanan Halal. Tourist attraction dia pon bagi aku biasa and tak lah begitu menarik. InsyaAllah jumpa lagi di next trip yang tak tau bila. Hehehe.


Makanan paling sedap dekat Hong Kong, dasar tekak melayu. Hahaha.

Saturday, September 29, 2018

Day 3 - Hong Kong Disneyland

Hari ke 3 dekat Hong Kong di penuhi dengan aktiviti di Hong Kong Disneyland. Ni salah satu sebab utama aku nak ke Hong Kong sebenarnya, so memang excited harini. Untuk memudahkan korang dekat sini, korang boleh install Hong Kong Disneyland apps which is korang boleh guna untuk check ride apa off, time parade, makanan Halal and map dekat Hong Kong Disneyland. Dekat Hong Kong disneyland ada 2 restaurant Halal, so korang tak perlu risau sangat kalau lapar and boleh bawak roti and air untuk bekal. and untuk memudahkan korang masuk, korang boleh beli siap siap tiket di Klook.

Hong Kong Disneyland.

Hong Kong Disneyland terbahagi pada beberapa section, Main Street USA, Fantasyland, Discoveryland, and Adventureland. Selain tu ada 1 section khas untuk Iron Man, dari apa yang aku baca Iron Man memang famous di Hong Kong.


Masa: 9.30 a.m - 900 p.m

Harga:
Dewasa:  HK$ 350
Kanak kanak:  HK$ 250

Welcome to Hong Kong Disneyland


MTR untuk ke Hong Kong Disneyland.

Welcome to Hong Kong Disneyland.



Main Street USA


Hong Kong Disneyland guidemap.

Berdambar dengan Goofy dan Pluto.

Souvenir yang terdapat di Hong Kong Disneyland.

Waffle Mickey Mouse, wajib try kalau datang ke sini.
Harga: HK$ 50


Adventureland


Tarzan treehouse.


Mickey and Miney Ice-cream.
Harga: HK$ 30

Antara ride yang paling best and menarik ialah Toy's Story.

Korang boleh makan makanan Halal di Explore Club dan Tahitian Terrace, tapi sebabkan Tahitian Terrace tutup so kitorang makan di Explore Club.

Sebabkan Tahitian Terrace tutup so dorang jual Nasi Beryani ni di Explore Club. Sorry sebab aku tak ingat harga dia,tapi sambal dia tu memang sedap.
Harga: HK$ 128

Berbaloi jugak makan Nasi goreng ni sebab sekali dengan ayam dan udang. Harga makanan dekat sini semua sekali dengan air.
Harga: HK$ 30

Fantasyland




Flight Of Fantasy

Korang boleh check Flight Of Fantasy ni pukul berapa dekat Apps Disneyland yang aku mention dekat atas tu. Better book seat awal, sebab orang memang ramai.



So far bagi aku Hong Kong Disneyland tak lah terlalu best tapi tak rugi datang untuk experience once in a lifetime. Ride dia tak lah terlalu extreme macam Universal Studio, and dia lebih kepada show Mickey and friends. Banyak ride dengan show yang tengah maintenance waktu aku pergi, maybe dorang prepare untuk New Year celebration kot. So korang boleh pergi time New Year or time ada celebration yang besar plus sebab time New Year ada bunga api.

Thursday, August 9, 2018

Day 2 - Aktiviti yang padat di Hong Kong


Hari ke 2 kitorang di Hong Kong,  sebabkan banyak tempat yang kitorang plan nak pergi so lepas je breakfast Maggie, kitorang terus gerak ke 1st destination untuk harini.

View dari bilik hotel.

Sejuk sejuk macam ni pekena Maggie memang padu.


Choi Hung Estate

MTR ke Choi Hung station on the Kwun Tong line, then amik exit C3 or C4. Korang akan Nampak bulding flat lama and carpark, basketball court ni ada di atas carpark and di tengah tengah antara building ni.

Destinasi pertama kitorang ke Choi Hung Estate, dibina pada tahun 1964. Bangunan ni di cat warna warni untuk menaikkan semangat penduduk dekat sini. So court ni memang masih diguna pakai oleh penduduk dekat sini, so korang akan tengok penduduk dekat sini berehat dekat kawasan ni.



Bangunan ni memang cantik untuk korang bergambar.


Montage Mansion (Transformers)


MTR ke Quarry Bay, then amik exit A. Jalan ke arah King’s Road and teruskan perjalanan lebih kurang 10 minit. Korang akan jumpa Montage Mansion,actually agak tricky sikit nak kesini and tempat ni pon betul betul di tengah building.

Next kitorang ke Montage Mansion yang famous sebab movie Transformers tu. Bangunan ni sangat iconic dengan Hong Kong, so why not amik gambar dekat sini kan?

Port amik gambar betul betul di tengah building putih tu.

Salah satu scene movie Transformers buat di sini.


Islamic Kitchen (Lunch)

Harga: HK$ 171

MTR ke Causeway Bay,then amik exit Time Square. Dari sini korang boleh google ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Restaurant ni berada di tingkat 2.

Perut pon dah lapar and kitorang terus cari tempat lunch. Islamic Kitchen ni terletak dekat Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick, which is tempat community Islam di Hong Kong. Speciality dekat sini of course lah Dimsum, so korang boleh try macam macam jenis Dimsum yang Halal dekat sini.

Pusing pusing di Times Square dulu before  lunch di Islamic Kitchen.

Halal Dim Sum di Islamic Kitchen

Kitorang lunch Nasi Goreng dan Dim Sum.


Victoria Peak

Masa: 7.00 a.m – 12.00 a.m
Harga: HK$ 45

MTR ke Central Station on Island Line atau Tsuen Wan Line, then amik exit J2.

Next kitorang ke Victoria Peak, kitorang dah booking siap siap tiket di Klook (link), so tak perlu nak beratur panjang. Kalau tak, memang tak sanggup lah nak naik ke atas. View dekat atas memang cantik, korang akan nampak seluruh kepulauan Hong Kong and prepare sweater or baju sejuk sebab dekat atas memang sejuk and berangin.

Angin kuat di Victoria Peak.


View di Victoria Peak memang cantik.



Hollywood Street (Street art)

Dari Victoria Peak, kitorang just waze and jalan kaki ke Hollywood Street. Perjalanan amik masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Hollywood Street. Korang akan nampak banyak Street Art dekat kawasan ni and area Hong Kong Island ni lebih exclusive and ramai pelancong foreigner compare dengan New Territory.



Art Street yang terdapat di Hollywood Street.

Posing sakan minah ni.


Ma’s Restaurant (Dinner)

Harga: HK$ 231

MTR ke Prince Edward, and jalan kaki lebih 5 minit ke Ma’s Restaurant.

Dah puas berjalan seharian, before balik ke hotel kitorang singgah dinner di Ma’s Restaurant, Kowloon. Korang patut try Pan-fried Dumpling with Beef,sebab tu signature dish dekat sini. Tiap kali google Ma’s Restaurant je akan keluar gambar tu. Rupa dia sebijik macam murtabak, so sebabkan rupa yang menarik, kitorang order sampai 2. Tapi lepas gigitan pertama, terus tak lalu makan,tapi korang patut try lah. Hahaha.

Nasi Goreng, Pan Fried Dumpling with Beef and satu lagi tu lupa pulak dah, huhuhu.