Tuesday, July 26, 2016

Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang (16 Feb 2016) *repost

Assalamualikum, sebenarnya dah lama aku nak update trip ke Air Terjun Berkelah ni, tapi sebab sekarang memang busy tengah intern, so baru harini dapat update. Trip kalini aku pergi dengan budak budak Uniten.


Kitorang seramai 13 orang bergerak dari Bangi and terus ke Kuantan. Sebenarnya Air terjun Berkelah terletak di daerah Maran and sebelum sampai Kuantan, tapi sebab nak lepak dulu and kitorang plan untuk tidur dekat padang MPK Kuantan malam tu. Kiranya lepas Subuh baru ke Air Terjun Berkelah. Laluan nak ke Air Terjun Berkelah ni mudah je. Kitorang just refer dari Eshamz Halim untuk sampai kat sini. Credit dekat beliau.

"Kalau dari arah Kuala Lumpur, korang perlu memandu ke arah Lebuh Raya Karak, kemudian teruskan perjalanan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar di Exit 827 atau Exit Sri Jaya. Selepas tol Seri Jaya, belok kiri di simpang tiga dan teruskan perjalanan ke Kampung Gelugor ataupun ke arah Bukit Gambang. Korang akan jumpa Masjid Kampung Gelugor di sebelah kanan dan simpang masuk ke Hutan Lipur Berkelahdi sebelah kiri beberapa kilometer selepas Masjid Kampung Gelugor (tak pasti berapa kilometer lagi daripada masjid). Jangan risau kalau tersesat sebab aku rasa papan arah ke Hutan Lipur Berkelah memang cukup membantu." Entry blog by Eshamz Halim 


Berehat dipadang MPK Kuatan.

Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Kuantan akhirnya kitorang sampai ke Air Terjun Berkelah. Memang aku ada baca blog sebelum ni kalau korang nak ke Air Terjun Berkelah ni kena sewa lori or pickup untuk sampai sebab jambatan dia runtuh. Tapi Alhamdullilah, time kitorang datang jambatan tu dah pon di repair and dah boleh akses dengan mudah. So bermulalah ekspedisi mencari air terjun 7 tingkat yg famous ni.

Air Terjun Berkelah (tingkat 1)

Lebih kurang 15 minit perjalan untuk sampai ke tingkat 1. Tingkat 1 ni merupakan hutan lipur so ada pondok yang korang boleh duduk untuk relax. Di sekeliling tingkat 1 ni ada pagar, so kalau korang nak naik sampai ke tingkat 7 korang kena panjat ikut pagar tu. Tapi memang ada track and laluan kat pagar tu.



Air Terjun Berkelah (tingkat 1)

Air Terjun Berkelah (tingkat 5)

Kitorang amik masa lebih kurang 1 jam perjalan untuk sampai ke tingkat 5. Sepanjang perjalanan naik ke tingkat 5 korang akan lalu track yang memang agak licin sebab lalu di tepi air terjun. So memang kena hati hati. Tingkat 5 ni memang port untuk orang mandi and camping, so kitorang stop dekat sini dulu untuk mandi and lunch sebelum terus naik ke atas.

Gila selfie rupanya.



Air Terjun Berkelah (tingkat 5)

Air Terjun Berkelah (tingkat 7)

Sebabkan cuaca yang tak berapa nak elok, so kitorang berpecah pada 2 group. 1 group stay dekat tingkat 5 and lagi 1 group naik sampai tingkat 7, Still perjalanan nak sampai ke tingkat 7 amik masa dalam 1 jam and track memang licin. Tingkat 7 ni memang sangat sangat dalam and memang kitorang tak berani nak mandi, just amik gambar je lah tanda dah sampai, hehehe.

Laluan untuk sampai ke tingkat 7.

Dari 13 orang, cuma 6 orang yang sampai ke tingkat 7.

Air Terjun Berkelah (tingkat 7)

So far bagi aku sepanjang trip kitorang mandi air terjun, ni lah yang paling susah and tough. Maybe sebab masing masing tak cukup tidur and penat drive. Lagipun kitorang bukan kaki hiking pon, jenis main redah je. Tp betul cakap orang, mind over body lah. Kena positive sikit baru boleh sampai atas, and memang berbaloi walau penat yg teramat sangat. Nasib lah time balik orang lain yang drive, hehehe. So insyaAllah jumpa lagi dlm next trip. Assalamualaikum.

11 comments:

  1. Mcm mn nk sewa lori kt bekelah ye? Ade info,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Act tak perlu sewa pon, kitorang naik kereta je pon lepas masuk sampai ke parking tu. Maybe dulu jambatan untuk ke berkelah tu runtuh, tapi waktu kitorang pergi dah repair dah.

      Delete
  2. Jalan nak ke air terjun berkelah tu okay tak ? Kalau naik kereta viva ke lepas ke ?

    ReplyDelete
  3. Salam bro... nama aku kat atas tu zalim benor bunyinya.... Eshamz Halim bro bukannya Esham Zalim...hahahahaha.... bro...kredit tu leh link kat entri blog aku tak?.. ekekekeke... TQ Bro.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. ok ok,sorry. Aku dah link kan ke page kau. =)

      Delete
  4. Assalamualaikum nk tanya kalau konvoi dgn motor ke sana ...agak2 parking selamat x..lagi satu kat mana parking yg sesuai

    ReplyDelete
  5. Salam ... ade sape² ade no abg jepun tu x ?? Blh ws kt no ni 0183745877 ... terima kasih

    ReplyDelete