Tuesday, March 25, 2014

Tour Guide (supir) Muslim di Bali

Miko Saputra
+6281338091381
+6281936252810 (whatsapp)
ss_m1ko@yahoo.com
ss_miko@yahoo.co.id
FB: Miko Saputra Bali Driver

Toto Sukamto
+6287862707588
kamto818@yahoo.co.id

Ni contact number gouide or supir yang kitorang guna time kat Bali. Aku deal dengan abang Miko waktu dekat Malaysia lagi ,tapi dekat sana Toto yang jadi supir kitorang sebab Miko ada customer lain. Sangat bagus and kalau korang nak guna dorang,boleh je contact

More info on http://www.facebook.com/ijstwfq

Day 3 – Roadblock dan sunset di Tanah Anarki

Hari 3 dah kitorang kat Bali, plannya nak ke Tanah Lot hari ni. Tak kan pi Bali tak pi Tanah Lot kan? Awal pagi lagi kitorang dah cari motor untuk sewa, hargamotor Cuma RP50000. Bagi aku sendiri, kalau naik motor ni lagi best dari follow supir,feel dia lain. Sebab ni dah 2nd time aku ke Tanah Lot, tak lah susah sangat,signboard gbanyak. Masuk ke tanah lot dalam RP10000 je sorang, dalam tu memang cantik lah,dapat tengot temple yg ada dekat tengah laut tu. Bergambar sakan je kat sini. Time on the way balik boleh pulak ada roadblock,memang cuak lah. Risau ada pape tak kena ka,tapi Alhamdullilah,semua ok je. Pak polisi tu cuma check lesen and permit sewa motor, make sure korang ada permit sewa motor.






Then balik je dari Tanah Lot, memang cari kedai makan dulu lah kat Kuta tu, lapar gila kot. And thanks kat orang yg kerja kat hotel kitorang sbb bagi tau kedai makan halal kat Kuta,siap buat map lagi. Nama Warung Makan Nikmat, kalau tanya orang local rasa diorang tau. Makanan memang sedap and murah,jus dia pon fresh,memang terbaik.



Petang tu kitorang naik motor pusing-pusing Kuta and Legian je, and finally sampai jugak hajat aku kali ni nak pi tengok Twice Bar and Rumble Cloth Shop untuk beli CD Superman Is Dead,aktiviti petang tu memang shopping je. Then dah penat berjalan, petang tu lepak dekat Kuta Beach untuk tengok sunset. Mcm biasa,pantai dia memang crowded,tapi ok lah untuk relax.







Malam tu kitorang tapau KFC je,malam last dah,tapi still lepak hotel ja. Kalau ikutkan hati aku,memang kena tambah 1 2 hari lagi baru puas,sebab banyak lagi tempat yg belum pi actually. Esok tu pukul 8.30 Pak Miko dah tunggu untuk hantar kitorang ke airport. Next year kena pi Bali lg ni,hehehe.

Day 2 – One day trip di Bali (Kintamani Tour)

Sebenarnya kitorang dah deal untuk trip ni waktu dekat Malaysia lagi, thanks to BBM psl info ni. Dia ada 2 tour, Nusadua tour dengan Kintamani Tour. Kitorang pilih Kintamani Tour sebab dia lebih kpd tempat lawatan compare dengan Nusadua yg lebih kpd watersport.

Pukul 8.30 a.m Pak Toto dah tunggu dekat tepi jalan untuk pickup kitorang. Dari itinerary yg dia bagi, kitorang tukar. Kitorang ubah melawat kilang kayu and batik semua tu dengan shopping dekat Krishna. So ni iternary untuk 1 day trip tu. Harga transport plus minyak untuk 1 day trip ni ialah RP 400000.00 . Kalau share 5 orang memang berbaloi sangat.

Barong Dance at Sari Wisata Budaya – Kintamani + lunch – Ladang kopi –Istana Tampak Siring – Paddy field at Tenggalang – Monkey Forest - Krishna

Barong Dance at Sari Wisata Budaya
Perjalan lebih kurang 30 minit je dr Kuta. Tiket RP 10000.00 then kita akan dapat synopsis cerita ni, ada banyak bahasa and aku amik Bahasa Indonesia lah dah Bahasa Melayu tak dak. Korang dinasihatkan baca benda tu dulu untuk fahamkan cerita ni,sebab cerita ni memang deep teruk,lg deep dari Fynn Jamal,hahaha.




Kintamani
Perjalanan nak ke Kintamani ni memang jaug gila, ada dalam 2 jam gak. Budak-budak ni dah bantai tidur berapa round pon aku tak tau dah. Kira kitorang sampai pond ah dekat pukul 1.00 p.m, perut memang dh lapar gila. Aku syorkan korang spare roti lah untuk trip ni. Tiket untuk ke Kintamani ni RP10000.00 je untuk org local mcm kitorang,hehehe. Area Kintamani ni sejuk sikit sebab dia tinggi and view dia memang cantik. Kat Kintamani ni kitorang lunch dekat Restoran Halal and dia ada buffet,RP80000.00 makan sampai kenyang. Memang banyak makanan tapi air yg dia sedia cuma air panas,so kalau korang nak air sejuk,kena order lain lah. Makan facing gunung berapi,memang menarik. Gunung berapi ni hidup lagi, kalau dia meletus, memang semua aktiviti dekat Bali ni terpaksa stop.







Ladang Kopi ( kopi luak)
Next destination kami ke local farm, Nampak mcm tak menarik tapi actually banyak input yg boleh dapat. Dekat sini dorang ada tanam Kopi Bali, Koko, Vanilla, and yg paling menarik mesti la Kopi Luak. Kopi Luak ni kopi yg dimakan oleh musang, then musang tu akan berak tanpa hancurkan kopi tu. Lepastu baru kopi tu akan diproses sama mcm kopi yg lain. Then dekat sini kita boleh rasa semua jenis kopi, free je. Kecuali kopi luak, RP20000.00. Rugi kalau tak try,try minum tanpa gula, memang kaw gila.







Istana Tampaksiring
Salah satu tempat yang korang memang wajib gi, salah satu dr tapak warisan dunia under Unesco. Sebab airini Sabtu, so memang ramai gila orang yg datang sembahyang. Tiket nak masuk RP15000. Apa yg menarik kat sini ialah org agama Hindu percaya, air yang dorang mandi dekat sini dapat buang perkara buruk dalam hidup dorang. Btw, aku pernah tgk gamabr Bam Margera mandi dekat sini kot,hehehe. Tak kenal Bam Margera?sila google.





Tenggalang Terrace Paddy Field
Otw balik ke Kuta, kami singgah ke Tenggalang, paddy field dia memang cantik, Sebab ni 2nd time aku dating, so excited tu tak dak sangat. Kitorang Cuma stop kejap je untuk amik gambar kat sini.




Monkey Forest
Then kitorang ke Monkey Forest, time ni memang dah pena gila, seharian dah keluar, then aku tau yg Monkey Forest ni tak dak apa,so mood nak pi pon tak dak sangat,hehehe. Masuk ke Monkey Forest ni Rp20000 and kat dalam tu ada banyak gila monyet yg korang boleh bagi makan and ada temple.






Krishna Souvenir (shopping)
Last but no least, memang tujuan datang tempat ni untuk shopping, so apa lagi. Shopping lah,hehe. Kitorang habis masa berjam gak kat kedai ni,semua benda ada and kualiti baju lagi ok compare dgn yg jual dekat Kuta. Design pon cantik,Cuma harga mahal sikit,tapi berbaloi.

2nd Bali Trip (7 Mac 2013 – 10 Mac 2013) - Day 1

Assalamualaikum, kita bertemu lg,aku tak tau ada org yg baca blog ni ke tak,tapi aku share apa yg aku rasa aku patot share. Hehehe. Ni 2nd time aku ke Bali, kali ni dengan Ily, Ayie (adik Ily), Jaja ngan Haziq. Pukul 11.30 a.m kitorang dah bertolak ke LCCT and jumpa dgn Haziq ngan Jaja kat sana sebab dorang dr Ipoh. Selalu boleh ja self checkin tapi kali ni entah apa mslh, aku je yg tak boleh. Mcm biasa, perjalanan lebih kurang 3 jam and bila dah sampai sana dh ada supir yg tunggu siap pegang name board lg,terasa mcm rrrrtis. Hahaha. Kitorang dah book supir dari Malaysia, senang sebab kitorang ber5, kalau nak amik teksi dh kena amik 2 teksi,rugi. Nanti aku bg tau lebih detail psl supir kitorang. Harga transport dari airport ke Kuta then return dari kuta ke airport ialah RP 200000.00

Sampai je Bali, mmg dah malam, lapar gila dah kot. Kitorang mintak Pak Toto bawak kitorang makan dekat Wong Solo, serious kat Malaysia sendiri pon tak pernah makan,hehehe. Supir yang kitorang amik ni Islam,so senang sikit and lebih yakin dengan kedai yg dia bawak.







Then terus je ke hotel, nama hotel kitorang Ecostay Guesthouse, jalan nak masuk dia memang sempit,muat untuk sebijik motor je. Tapi hotel ni memang selesa, bersih, then dekat pulak dengan Kuta, berbaloi dengan harga Rm80 semalam. Malam tu kitorang jalan area Kuta je, apa yg berlaku malam tu, biarkan berlalu.