Tuesday, March 25, 2014

Tour Guide (supir) Muslim di Bali

Miko Saputra
+6281338091381
+6281936252810 (whatsapp)
ss_m1ko@yahoo.com
ss_miko@yahoo.co.id
FB: Miko Saputra Bali Driver

Toto Sukamto
+6287862707588
kamto818@yahoo.co.id

Ni contact number gouide or supir yang kitorang guna time kat Bali. Aku deal dengan abang Miko waktu dekat Malaysia lagi ,tapi dekat sana Toto yang jadi supir kitorang sebab Miko ada customer lain. Sangat bagus and kalau korang nak guna dorang,boleh je contact

More info on http://www.facebook.com/ijstwfq

Day 3 – Roadblock dan sunset di Tanah Anarki

Hari 3 dah kitorang kat Bali, plannya nak ke Tanah Lot hari ni. Tak kan pi Bali tak pi Tanah Lot kan? Awal pagi lagi kitorang dah cari motor untuk sewa, hargamotor Cuma RP50000. Bagi aku sendiri, kalau naik motor ni lagi best dari follow supir,feel dia lain. Sebab ni dah 2nd time aku ke Tanah Lot, tak lah susah sangat,signboard gbanyak. Masuk ke tanah lot dalam RP10000 je sorang, dalam tu memang cantik lah,dapat tengot temple yg ada dekat tengah laut tu. Bergambar sakan je kat sini. Time on the way balik boleh pulak ada roadblock,memang cuak lah. Risau ada pape tak kena ka,tapi Alhamdullilah,semua ok je. Pak polisi tu cuma check lesen and permit sewa motor, make sure korang ada permit sewa motor.






Then balik je dari Tanah Lot, memang cari kedai makan dulu lah kat Kuta tu, lapar gila kot. And thanks kat orang yg kerja kat hotel kitorang sbb bagi tau kedai makan halal kat Kuta,siap buat map lagi. Nama Warung Makan Nikmat, kalau tanya orang local rasa diorang tau. Makanan memang sedap and murah,jus dia pon fresh,memang terbaik.



Petang tu kitorang naik motor pusing-pusing Kuta and Legian je, and finally sampai jugak hajat aku kali ni nak pi tengok Twice Bar and Rumble Cloth Shop untuk beli CD Superman Is Dead,aktiviti petang tu memang shopping je. Then dah penat berjalan, petang tu lepak dekat Kuta Beach untuk tengok sunset. Mcm biasa,pantai dia memang crowded,tapi ok lah untuk relax.







Malam tu kitorang tapau KFC je,malam last dah,tapi still lepak hotel ja. Kalau ikutkan hati aku,memang kena tambah 1 2 hari lagi baru puas,sebab banyak lagi tempat yg belum pi actually. Esok tu pukul 8.30 Pak Miko dah tunggu untuk hantar kitorang ke airport. Next year kena pi Bali lg ni,hehehe.

Day 2 – One day trip di Bali (Kintamani Tour)

Sebenarnya kitorang dah deal untuk trip ni waktu dekat Malaysia lagi, thanks to BBM psl info ni. Dia ada 2 tour, Nusadua tour dengan Kintamani Tour. Kitorang pilih Kintamani Tour sebab dia lebih kpd tempat lawatan compare dengan Nusadua yg lebih kpd watersport.

Pukul 8.30 a.m Pak Toto dah tunggu dekat tepi jalan untuk pickup kitorang. Dari itinerary yg dia bagi, kitorang tukar. Kitorang ubah melawat kilang kayu and batik semua tu dengan shopping dekat Krishna. So ni iternary untuk 1 day trip tu. Harga transport plus minyak untuk 1 day trip ni ialah RP 400000.00 . Kalau share 5 orang memang berbaloi sangat.

Barong Dance at Sari Wisata Budaya – Kintamani + lunch – Ladang kopi –Istana Tampak Siring – Paddy field at Tenggalang – Monkey Forest - Krishna

Barong Dance at Sari Wisata Budaya
Perjalan lebih kurang 30 minit je dr Kuta. Tiket RP 10000.00 then kita akan dapat synopsis cerita ni, ada banyak bahasa and aku amik Bahasa Indonesia lah dah Bahasa Melayu tak dak. Korang dinasihatkan baca benda tu dulu untuk fahamkan cerita ni,sebab cerita ni memang deep teruk,lg deep dari Fynn Jamal,hahaha.




Kintamani
Perjalanan nak ke Kintamani ni memang jaug gila, ada dalam 2 jam gak. Budak-budak ni dah bantai tidur berapa round pon aku tak tau dah. Kira kitorang sampai pond ah dekat pukul 1.00 p.m, perut memang dh lapar gila. Aku syorkan korang spare roti lah untuk trip ni. Tiket untuk ke Kintamani ni RP10000.00 je untuk org local mcm kitorang,hehehe. Area Kintamani ni sejuk sikit sebab dia tinggi and view dia memang cantik. Kat Kintamani ni kitorang lunch dekat Restoran Halal and dia ada buffet,RP80000.00 makan sampai kenyang. Memang banyak makanan tapi air yg dia sedia cuma air panas,so kalau korang nak air sejuk,kena order lain lah. Makan facing gunung berapi,memang menarik. Gunung berapi ni hidup lagi, kalau dia meletus, memang semua aktiviti dekat Bali ni terpaksa stop.







Ladang Kopi ( kopi luak)
Next destination kami ke local farm, Nampak mcm tak menarik tapi actually banyak input yg boleh dapat. Dekat sini dorang ada tanam Kopi Bali, Koko, Vanilla, and yg paling menarik mesti la Kopi Luak. Kopi Luak ni kopi yg dimakan oleh musang, then musang tu akan berak tanpa hancurkan kopi tu. Lepastu baru kopi tu akan diproses sama mcm kopi yg lain. Then dekat sini kita boleh rasa semua jenis kopi, free je. Kecuali kopi luak, RP20000.00. Rugi kalau tak try,try minum tanpa gula, memang kaw gila.







Istana Tampaksiring
Salah satu tempat yang korang memang wajib gi, salah satu dr tapak warisan dunia under Unesco. Sebab airini Sabtu, so memang ramai gila orang yg datang sembahyang. Tiket nak masuk RP15000. Apa yg menarik kat sini ialah org agama Hindu percaya, air yang dorang mandi dekat sini dapat buang perkara buruk dalam hidup dorang. Btw, aku pernah tgk gamabr Bam Margera mandi dekat sini kot,hehehe. Tak kenal Bam Margera?sila google.





Tenggalang Terrace Paddy Field
Otw balik ke Kuta, kami singgah ke Tenggalang, paddy field dia memang cantik, Sebab ni 2nd time aku dating, so excited tu tak dak sangat. Kitorang Cuma stop kejap je untuk amik gambar kat sini.




Monkey Forest
Then kitorang ke Monkey Forest, time ni memang dah pena gila, seharian dah keluar, then aku tau yg Monkey Forest ni tak dak apa,so mood nak pi pon tak dak sangat,hehehe. Masuk ke Monkey Forest ni Rp20000 and kat dalam tu ada banyak gila monyet yg korang boleh bagi makan and ada temple.






Krishna Souvenir (shopping)
Last but no least, memang tujuan datang tempat ni untuk shopping, so apa lagi. Shopping lah,hehe. Kitorang habis masa berjam gak kat kedai ni,semua benda ada and kualiti baju lagi ok compare dgn yg jual dekat Kuta. Design pon cantik,Cuma harga mahal sikit,tapi berbaloi.

2nd Bali Trip (7 Mac 2013 – 10 Mac 2013) - Day 1

Assalamualaikum, kita bertemu lg,aku tak tau ada org yg baca blog ni ke tak,tapi aku share apa yg aku rasa aku patot share. Hehehe. Ni 2nd time aku ke Bali, kali ni dengan Ily, Ayie (adik Ily), Jaja ngan Haziq. Pukul 11.30 a.m kitorang dah bertolak ke LCCT and jumpa dgn Haziq ngan Jaja kat sana sebab dorang dr Ipoh. Selalu boleh ja self checkin tapi kali ni entah apa mslh, aku je yg tak boleh. Mcm biasa, perjalanan lebih kurang 3 jam and bila dah sampai sana dh ada supir yg tunggu siap pegang name board lg,terasa mcm rrrrtis. Hahaha. Kitorang dah book supir dari Malaysia, senang sebab kitorang ber5, kalau nak amik teksi dh kena amik 2 teksi,rugi. Nanti aku bg tau lebih detail psl supir kitorang. Harga transport dari airport ke Kuta then return dari kuta ke airport ialah RP 200000.00

Sampai je Bali, mmg dah malam, lapar gila dah kot. Kitorang mintak Pak Toto bawak kitorang makan dekat Wong Solo, serious kat Malaysia sendiri pon tak pernah makan,hehehe. Supir yang kitorang amik ni Islam,so senang sikit and lebih yakin dengan kedai yg dia bawak.







Then terus je ke hotel, nama hotel kitorang Ecostay Guesthouse, jalan nak masuk dia memang sempit,muat untuk sebijik motor je. Tapi hotel ni memang selesa, bersih, then dekat pulak dengan Kuta, berbaloi dengan harga Rm80 semalam. Malam tu kitorang jalan area Kuta je, apa yg berlaku malam tu, biarkan berlalu.





Wednesday, February 26, 2014

Tips and tricks di Bangkok.

1. Scam / penipuan – Bangkok memang sangat famous dengan scam ni. Kalau dekat area Bangkok,ada orang akan mengaku dia sebagai doctor atau cikgu sekolah and pelawa korang untuk bawak jalan-jalan, korang jangan ikut. Tuk-tuk dekat Bangkok selalu nya gangster, jangan percaya bila dorang kata CHEAP TUK-TUK, 1 BAHT FOR ONE DAY, ni semua tipu. And dekat Grand Palace,jangan percaya kalau ada orang cakap yang Grand Palace tutup.
2. Bahasa – Kebanyakan nya memang tak tau English and yg tau cuma Bahasa Thai, so at least belajar lah basic mcm Sawadee Kha (selamat sejahtera), Khapkhun kha (terima kasih), Yindee kha (sama-sama)
3. Makanan Halal – Makanan halal bagi aku memang susah nak cari, kalau ada pon Restoran Arab yang mahal-mahal. KFC dan McD dia pon tak hala. So prepare lah Maggie banyak-banyak. Tapi 7e memang banyak dekat sana. Dekat area Bangkok aku cuma tau 1 restoran je yg dekat Platinum,kalau dekat Chatuchak Weekend Market ada 2,3 Restoran Halal.


Day 4 – Shopping! Shopping! Shopping! di Chatuchak Weekend Market

Dah last day, and ni lah yang kitorang tunggu-tunggu and penyebab utama aku ke Bangkok, shopping dekat Chatuchak. Dari Asok, kena naik MRT ke Mochit, iaitu stesyen paling last. Sediakan lah duit sebanyak mungkin sebab dekat sini tak sure ada ATM tak and Cuma ada satu je money changer. Dekat sini aku jumpa beberapa orang kawan baru, banyak benda yang tak jual kat Malaysia ada jual dekat sini. And apa yang jual dekat Malaysia,jual dekat sini dengan harga yg jauh lebih murah, tersangat murah. Tapi barang fake lah,lebih kurang downtown nya barang. Contoh nya, kasut New Balance or Vans dalam 500 Baht je. Memang kitorang habis berates jugak lah dekat sini.

Untuk makanan Halal pulak, dekat sini ada beberapa restoring halal,so korang tak perlu risau. Kitorang makan Nasi Beryani ala Bangkok,hehehe. Rasa boleh tahan.
Chatuchak Weekend Market ada berates-ratus gerai and cuaca sangat panas dekat sini. So pakai lah apa yg paling selesa, aku pernah tengok mat salleh perah baju dia sebab panas sangat. Bayangkan, dari pukul 10.00 a.m kitorang sampai, pukul 5.00 p.m bru kitorang balik. Banyak sangat barang yg ada. Tak banyak gambar sebab penat menyopping je,hehehe.





Malam tu kitorang tidur airport je, sebab flight esok nye pukul 7.00 a.m, so nak check in lagi. Takut tak terjaga je bila dah tidur dalam aircond, hehehe.


Day 3 – One day trip dekat Chao Phraya River

Pukul 8 dah keluar sebab kitorang plan nak ke Chao Phraya River, nak kena naik train untuk kesana sebab jauh. Sorrylah, aku lupa nak take note stesyen apa,hehehe. Kitorang beli tiket untuk one day trip punya,maknanya boleh naik and turun dekat semua stesyen dekat Chao Phraya River tu sepanjang hari, harga 150 Baht. Dekat tiket tu dia ada map and tulis apa yg menarik dekat setiap stesyen,so kitorang dh boleh plan nak kemana. Kitorang ke Khaosan, Grand Palace (bukan nama stesyen), Wat Arun (bukan nama stesyen) and Chinatown. Btw, Chao Phraya River merupakan sungai air tawar terbesar di Asia Tenggara.





Khaosan - Tempat yg famous dikalangan backpacker, tempat ni sangat berbeza dengan Sukhumvit,penuh dengan mat salleh je dan tak secrowded Sukhumvit. Songkram Festival pon dilakukan kat sini setiap tahun. Bagi peminat Running Man mcm Acap,dekat sini gak salah satu tempat yg Running Man shoot time datang ke Bangkok.






Grand Palace – Tempat paling tumpuan sekali, paling ramai tourist dekat sini. Grand Palace merupakan istana di Bangkok, waktu kitorang datang. Tuanku Abdul Halim Muad’zam Shah pon berada disini untuk membuat lawatan. 500 Baht untuk masuk ke dalam Grand Palace,kitorang bergambar dekat luar je,tak cukup budget. Hehehe. Berjaga-jaga kat sini ada scam yg bg tau Grand Palace ditutup, Grand Palace tak pernah tutup,ingat,TAK PERNAH TUTUP!







Wat Arun – Kalau nak ke Wat Arun,kena tukar boat. Naik boat lain yg berharga 3 Baht je. Wat Arun merupakan temple yang paling famous dekat Bangkok. Dekat sini pon ramai tourist yg datang untuk bergambar.






Chinatown – Dah sepanjang hari berjalan,cuaca pon panas sangat. Time sampai sini badan pond ah letih,jalan pond ah tak larat. Dekat sini banyak jual barang keperluan perempuan.

Balik dari Chao Phraya River kitorang terus makan dekat depan hostel SUK 11 Restoran, sebab dah lama sangat tak makan nasi. Telur dadar 100 Baht, parah-parah.