Sunday, May 31, 2015

Day 3 - Ayyuthaya Kingdom

Hari ke 3 dah kat Bangkok ni, kalau ikutkan iti yang aku buat pagi ni nak ke Maekhlong Railway Market and Amphawa Floating Market. So dari Hostel ke Stesyen Phloen Chit and naik BTS ke Stesyen Victory Monument. Dari situ exit gate 3 and boleh nampak minivan punya kaunter. Kitorang ke kaunter 13 untuk ke Maekhlong tapi ada note dekat kaunter tu cakap under renovation. Aku tak sure tu scam ke tak, tapi agak berbelah bagi jugak. Takut dah pergi jauh betul tengah removate, tak ke rugi. So kitorang decide tak pergi. Then kitorang nampak kaunter ke Ayyuthaya, Ayyutaya ni memang ada dalam iti tapi aku tak survey sangat sebab last minute Ily bagi tau tempat ni. Ayyuthaya ni merupakan ibu negara Thailand sebelum Bangkok and banyak tempat sejarah dekat sini. So kitorang pon ke Ayyuthaya, perjalanan agak lama dalam 1 jam 30 minit and harga 1 trip 60 baht je.



Sampai je Ayyuthaya dia drop kitorang dekat tepi jalan yang penuh dengan Tuk Tuk dengan teksi, so agak lost jugak sebab banyak review yang kitorang baca datang Ayyutahaya ni naik Train and dekat Train Station boleh sewa motor. And aku baru tahu yang Ayyuthaya ni besar, temple dia jauh jauh and agak susah kalau nak jalan sendiri, So nak tak nak, kitorang pon naik teksi, mula mula dia letak 900 baht untuk 3 jam. Then kitorang nego 750 baht untuk 2 jam, bg aku agak mahal lah tapi tu je the only choice yg ada. Takkan nak patah balik ke Bangkok kan. So dalam masa 2 jam ni dia bawak ke 4 jenis temple yg main dekat sini iaitu Wat Yai Chai Mongkhol, Budha Head, Wat Mongkonbodhit (Big Budha), dan Three Pagoda. Ada yg masuk kena byr and ada yg free. Pasal sejarah Ayyuthaya ni korang boleh google sendiri lah ye.

Budha Head at Wat Mahathat, considered as one of the World Heritages under UNESCO.

Wat Yai Chai Mongkol.



Three Pagoda.

So bg aku 2 jam pon dah cukup sebab kebanyakan temple ni semua sama, kecuali kau ni pecinta sejarah lah kan, hehehe. And rasa cam kurang berbaloi jugak kesini, maybe sebab jauh and harga dia kot, tp oke lah sebab at least aku pernah sampai ke sini.

No comments:

Post a Comment