Wednesday, May 10, 2017

Lombok Trip (22 April 2017 - 25 April 2017) - Day 1 - Bukan hari yang indah di Lombok

Assalamualaikum. Fuhhh, dah bersawang dah blog ni rasanya. Dekat setahun dah tak update apa apa aktiviti, sejak dah masuk kerja ni. Busy memanjang. Ok trip kalini aku ke Lombok, flight yang patutnya bertolak pukul 12.30 p.m , delay ke 3.30 p.m. So agak mereput lah dekat KLIA 2 tu tunggu flight. Perjalanan dar KLIA2 ke Lombok amik masa selama 3 jam and sebabkan cuaca kurang elok, kitorang sampai di Lombok International Airport pukul 8.00 p.m. Sampai je di airport, kitorang terus beli sim card untuk kegunaan di sini. Sebabnya, most of the hostel dekat sini memang wifi dia slow. So nanti susah nak upload gambar dekat instagram, hahaha. Dari airport, korang boleh pilih samada nak naik public bus or airport taxi. Public bus Cuma 65k Rupiah sahaja seorang and dia akan drop korang dekat area Senggigi, so nanti kat sana korang kena naik taxi ke airport. Perjalanan naik bus lebih kurang 1 jam 30 min ke 2 jam. Tapi sebabkan dah malam, so kitorang naik airport taxi. Harga untuk airport taxi ni 250k Rupiahuntuk 1 taxi  and amik masa selama 1 jam ke 1 jam 30 min. 

Sampai je di Senggigi, taxi terus drop di depan Blue Coral Hotel, hotel yang kitorang book untuk 2 hari dekat Senggigi ni. Tapi bila nak check in, tiba tiba receptionist dia kata hotel dah penuh. Aik,kitorang siap book dekat booking.com and dah malam malam macam ni, mana nak cari hotel. Then pihak hotel try jugak cari hotel yang kosong, last sekali kitorang decide untuk stay dekat Sendok Hotel. Sendok Hotel ni memang antara hotel yang kitorang survey haritu, tapi disebabkan last minute. Harga hotel ni jadi mahal, and kitorang tak bawak member so sorang sebilik memang melayang duit dekat hotel ja malam tu.Sebabkan  mood pon dah lari, kitorang cuma jalan jalan ke area Senggigi untuk cari makan and balik ke hotel,tidur.


Sampai sudah tak merasa.

No comments:

Post a Comment