Monday, October 19, 2015

Day 2 - 7 Island Krabi

Pagi-pagi lagi aku dengan Omar dah bangun macam biasa, and dorang yg lain still tidur lagi sebab lepak sampai lewat malam semalam. Harini kitorang dah book pakej 7 island, harga dalam 800 Baht seorang include dinner sebab pakej ni start dari pukul 1.00 p.m sampai 10.00 p.m and kitorang guna Long Tail Boat je sebab murah. Pagi tu kitorang just keluar ronda area Ao Nang Beach and cari breakfast dekat area masjid Ao Nang, sebab dekat area sini banyak kedai makan yang Halal. Dah puas ke hulu ke hilir terus balik ke Hotel untuk tunggu guide datang pickup untuk Island Hoping nnt.
Tepat pukul 1 ada 1 van datang yg design dia ala-ala tuk-tuk, kira boleh muat dalam 10 orang jugak kat belakang tu. Group kitorang untuk Island Hopping ni banyak dr cina and mat salleh, kira kitorang je lah melayu yg ada. Maybe bukan musim cuti dekat Malaysia kot. Aku listkan aktiviti sepanjang Island Hoping dekat bawah.


Ao Nang Beach.




1. Phra Nang Cave

1st stop kitorang ke Phra Nang Cave, dia bagi masa lebih kurang sejam dekat sini. Ada cave dekat sini yang penuh dengan benda alah tu, aku nak tulis pon tak sampai hati, hahaha. Aku tak tau knp dorang letak benda tu, nnt korang boleh refer gambar untuk tengok. Then korang boleh jugak try wall climbing dekat sini. Kitorang memang mandi je lah dekat sini, sebab air dia jernih and lawa. Puas lah sejam dia bagi masa dekat sini.



Benda ni yg aku maksudkan tu, hehehe.



2. Chicken Island & Snorkelling 

2nd stop kitorang stop dekat untuk snorkelling area Chicken Island, memang puas lah dapat snorkell dekat sini cuma aku rasa Malaysia cantik lagi sebab aku pernah ke Pulau Perhentian. Coral dengan ikan dekat Pulau Perhentian banyak lagi tapi still ok untuk snorkell dekat sini, just kena jaga kaki sebab Landak Laut banyak kat bawah tu. Tourist guide ada sediakan mineral water dengan nenas untuk makan atas boat bila korang dah lapar, semua tu free je. Then kitorang pusing untuk amik gambar Chicken Island yg memang ada rupa ayam pon, hehehe.



Acah-acah beachboy dengan background Chicken Island.


3. Tub Island & Moh Island

Then kitorang stop dekat Tup Island, tourist guide terpaksa untuk tunggu air surut untuk datang ke Tup Island sbb dekat sini ada 3 pulau yg dekat. So bila air surut boleh jalan kaki dari Tup Island ke Moh Island, kitorang just amik gambar je dekat area sini.


Laluan dari Tup Island ke Moh Island.

4. Poda Island

Next stop kitorang ke Poda Island untuk dinner and sunset. Makanan yg disediakan memang banyak and dorang banyak kali cakap yg makanan ni Halal so makan je lah. Kira time makan ni kita kumpul dengan boat boat yang lain and makan ramai ramai lah. And time sunset memang lawa, syukur jugak lah sebab cuaca baik and tak hujan.


Makan time!


Sunset at Poda Island.

5. Snorkelling

Then last before kitorang balik, boat akan stop untuk snorkelling tengok planton, binatang yag dalam Spongebob Squarepants tu. Snorkelling tengah malam tengah laut, hahaha. Ni memang benda gila yg aku rasa aku buat, tapi best lah. Planton tu macam kelip-kelip dalam air.

Malam tu bila sampai je hotel, badan pon dah letih seharian kat tengah laut, perut pon dah kenyang. Memang tidur je lah.


No comments:

Post a Comment