Monday, October 19, 2015

Day 3 - Hilltop, Railay Island & Krabi Night Market

Hari ketiga dah kitorang kat sini, kalau ikutkan harini memang tak ada plan ke mana sebab kalau nak amik pakej Island Hoping bajet memang dah tak cukup. So masing plan nya just pusing pusing Ao Nang and malam ke Krabi Night Market sebab market ni just bukak pd hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Tapi aku memang bangun awal pagi lah kan, and aku gerak Omar sebab yang lain memang tak nak bangun. Kitorang ke Hilltop Restoran sebab ramai kata view dekat sini lawa, tak jauh pon dar Ao Nang just dalam 5 minit je and boleh search dekat Maps. Dah puas bergambar dekat situ kitorang pon breakfast sambil pikir nak ke mana pagi ni, then kitorang decide nak pusing naik motor je dekat area area situ and sampai ke An Nam Mao Beach and dekat sini ada boat ke Railay Island. Aku ada jugak baca pasal pulau ni, cara nak sampai ke situ just kena naik boat, and harga boat dia 100 Baht je. Kitorang memang tak pikir panjang terus beli tiket, dah la tak mandi, pasport pon tak bawak, nasib pagi tu sempat amik camera.


View from Hilltop.

Btw, lupa nak inform yg sayur tu semua free.



Railay Island

Sampai-sampai je kat pulau ni memang kitorang agak lost lah, ye lah sebab tak survey pape. Tapi dia ada map dekat sini and kitorang decide nak try cari Lookout Point dengan Lagoon dia, So jalan punya jalan last sekali kitorang tembus dekat Phra Nang Cave, cave yang kitorang sampai semalam. Rupanya cave tu terletak dekat Railay Island, just sebelah belakang dia. And kitorang jumpa tempat buntuk panjat ke Lookout Point tu, seriously agak bahaya kalau time hujan sebab nak panjat dia guna tali and agak curam. Tapi percayalah, kalau dah sampai atas tu memang berbaloi cuma agak frust sebab kitorang tak dapat sampai ke Lagoon dia sebab kitorang tak nak amik risk, mat salleh yang sama dengan kitorang time panjat pon patah balik. Dari tak ada pape plan pagi ni, then dapat panjat kat atas ni memang rasa berbaloi and so far view kat sini yang paling cantik. Then bila dah turun tu kitorang sempat berendam dulu untuk hilang kan oenat panjat pulau tu and terus balik ke hotel.

Paradise.


Lagoon just dapat tengok dr sini je.

Antara track untuk ke Lookout point and lagoon.


Krabi Night Market

Petang tu macam yang kitorang plan nak ke Krabi Night Market, Krabi Night Market ni antara tempat yang aku nak pi sangat untuk trip kali ni sebab dia ada jual banyak jenis makanan local yang Halal and untuk orang yg suka makan macam aku, this is the best place lah kan? So kitorang bertolak dari Ao Nang dalam pukul 5 and perjalanan amik masa dalm 30 minit je untuk sampai ke Krabi, Krabi Night Market ni memang terletak betul betul dekat pekan Krabi and time kitorang sampai tu dorang baru nak berniaga. Macam macam jenis makanan yang kitorang try, kiranya aku rasa aku habis duit untuk trip kalini dekat sini je lah. Dari Kerabu, ke Oyster, ke Sangkaya, semuanya aku try,hehehe. Selain makanan, souvenir dekat sini pon murah compare dengan Ao Nang, maybe sebab Ao Nang tu tempat tourist. Sempat jugak lah kitorang shopping souvenir dekat sini.
Malam tu aku tak ke mana pon sebab pagi tu dah janji dengan driver taxi untuk pickup dekat hotel pukul 5.00, Bagi aku hari ni lah har yang best untuk trip ke Krabi ni. Maybe sebab aku suka makan makanan dia, then dapat pulak tengok view yang cantik dekat Railay Island tu.

Macam-macam jenis kerabu.


Sangkaya cuma 40 Baht, of course lah makan sampai 2.




Esoknya kitorang sampai Malaysia dengan selamat, hehehe. InsyaAllah jumpa lagi dalam trip yg lain, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment