Thursday, February 25, 2016

Makanan Halal di Koh Samui

1. Muslim Village (Hua Thanong)

  • 30 minit dari Chaweng Beach.
  • Boleh search Hua Thanong kalau nak ke sini.
  • Kalau dari Chaweng Beach ke arah Lamai Beach and lajak lagi ke depan.
  • Untuk breakfast ada banyak makanan Halal and kena try restoran yg ada jual ayam goreng tu, sedap sangat.
  • Dekat area masjid pon ada banyak makanan Halal termasuk Nasi Kerabu and diorang boleh cakap melayu.
Nasi Beriyani ayam goreng panas panas, memang kena try.



Makanan yg di jual depan Masjid.


2. Muslim Restaurant (Hua Thanong)
  • 30 minit dar Chaweng Beach.
  • Sama laluan macam ke Muslim Village.
  • Cuma kalau korang ke area Hua Thanong ni petang, maybe boleh makan dekat sini.
  • Dari Chaweng ke Muslim Village, restaurant ni terletak belah kanan betul betul di mainroad.
  • Bukak dari 11.00 a.m sampai 8.00 p.m



3. Fisherman Village Night Market (Fisherman Village) (open on Friday)
  • 15 minit dar Chaweng Beach.
  • Boleh search Fisherman Village untuk ke sini.
  • Ada signboard sepanjang perjalanan.
  • Jual banyak seafood and ada jugak makanan Halal.
  • Tapi yg plg penting, pasar ni cuma bukak pada hari Jumaat je ok.






4. Faria Restaurant (Chaweng Beach)
  • Terletak di mainroad area Chaweng Beach, opposite dengan Bangkok Hospital.
  • Jual nasi campur time siang and goreng goreng time malam.





5. Chaweng Foodcourt (Chaweng Beach)
  • Foodcourt sebelah Chaweng Central Festival.
  • Ada 1 kedai Seafood Halal and 2 Indian Food.
  • Boleh park je area sini then terus jalan jalan pusing Chaweng.
Dekat banner awek baju merah tu ada tulis Halal.

6. Ehsan Restaurant (Chaweng Beach)
  • Terletak dalam perjalanan dari Chaweng Central Festival nak Chaweng Market, betul betul sebelah jalan.
  • Jual makanan goreng and western time siang and malam.
  • Servis dia lamabat sikit, kalau lapar pi kedai lain. Hehehe.

7. Take Off Cafe (Surat Thani Airport)
  • Dekat Surat Thani Airport korang boleh makan ice cream cake yg Halal dekat cafe ni.
  • Korang jugak boleh mintak toast or croissant yg kosong or tuna sandwich.

Day 3 - Koh Tao & Koh Nangyuan

Hari ke 3 kitorang kat sini kitorang decide untuk amik pakej, selalunya ada 2 pakej yg korang boleh pilih. Pakej Angthong Marine Park, or Koh Tao & Koh Nangyuan. Anghthonh lebih kepada aktiviti macam hiking and kayak. Koh Tao & Koh Nangyuan pulak lebih kepada snorkelling and ada jugak hiking untuk viewpoint and kitorang maik pakej Koh Tao & Koh Nangyuan. Pukul 8.00 a.m je pickup van dah sampai untuk bawak kitorang ke jetty untuk ke Koh Tao & Koh Nangyuan. Sampai dekat jetty, dorang serve kan breakfast, roti bakar dengan coffee sebelum naik boat. Perjalanan naik boat  ni amik masa dalam 1 jam 30 minit, memang jauh and akan lalu Koh Phangan. 23 hb ada Full Moon Party dekat Koh Phangan, and memang ramai sgt org dekat Koh Samui musim ni. Bagi yg mabuk laut, better korang makan ubat before boat bergerak, sebab ada jugak yg 2 3 orang muntah time nak pergi.

Muka excited nak snorkell.

Koh Nangyuan

Kitorang diberi  masa 45 minit untuk mandi, snorkell and boleh panjat untuk viewpoint. Bagi aku macam tak cukup sangat sebab kitorang tak sempat nak hike untuk viewpoint sebab viewpoint yg kitorang pergi tu tutup, so nak ke 1 lagi agak jauh. Dekat sini jugak ada restoran and toilet kalau korang nak pergi.




Ramai sangat orang.

Bila dah sampai dekat jetty ni baru tahu yg tak boleh naik ke viewpoint sbb renovate,sobs.

Koh Tao (turtle island)

Dekat Koh Tao ni dorang ada providekan lunch, and dorang kata Halal. So lepas dah makan dalam 45 minit, kitorang teruskan aktiviti snorkell dekat Koh Tao. Dekat Koh Tao lebih banyak ikan compared dengan Koh Nangyuan, and boat just berhenti tengah laut and kita turun untuk snorkell. Kalau ada rezeki maybe korang boleh jumpa turle dalam ni. Masa yg dorang bagi untuk snorkell dekat sini dalam 45 minit.


Selfie, hehehe.



Sebabkan cuaca tak berapa elok, so time balik tu memang dah cuak sangat dah. Ombak memang besar and memang ramai sgt yg muntah, tak terkira dah. Tp alhamdullilah semua selamat, plus boat crew memang bagus gila, dorang jaga kitorang elok elok sepanjang perjalanan ni. Thank you.




Masing masing dah pengsan dah.



Sampai je dekat hotel masing masing berehat je and malam tu kitorang pusing area Chaweng Beach untuk beli souvenir and dinner dekat sana.

Esoknya tu hari terakhir kami kat Koh Samui, flight pukul 12.30 so kitorang gerak dari hotel pukul 5.00 a.m sbb  perjalanan nak sampai ke Surat Thani saja amik masa dlm 4 jam. And nk jadi cerita taxi yang kitorang deal dengan hotel tak datang, so kitorang terpaksa call taxi yang kitorang naik time sampai and alhamdullilah nasib dia nak datang and sempat hantar ke Raja Jetty on time tanpa sebarang extra charge. So ni number taxi driver tu, 0836908273 (kom) . Tp entah knp aku rasa trip kalini antara yg paling best, maybe sebab dengan kawan kawan yg betul betul rapat dengan aku. Maybe aku dah boleh stop dah kot trip untuk ke pulau dekat Thailand ni, rasa dah cukup dah. Hehehe. Maybe next trip luar dr Asia pulakkan, hehehe. Ok lah insyaAllah jumpa lagi pd entry akan datang. Assalamualaikum.

Last selfie before balik, btw Happy Birthday Ily. Hehehe.


Wednesday, February 24, 2016

Day 2 - Merempit di Koh Samui

Hari ke 2 dekat Koh Samui, harini plannya cuma nak pusing area Koh Samui sebab aku nak kena pickup Ily dekat Airport Koh Samui nanti. So pagi pagi lagi aku dah keluar untuk cari breakfast dekat Muslim Village, and aku ajak Acap untuk follow sebab yg lain tidur lagi.

Map laluan merempit kitorang kat Koh Samui, kitorang tak sempat untuk ke Big Budha, Bag Por dan Mountain viewpoint.

Hua Thanom Muslim Village

Aku baca yg dekat Muslim Village ni memang mudah untk cari makan tapi perjalanan dari Chaweng nak ke Hua Thanong ni dalam 30 minit perjalanan ke arah Lamai Beach.

Breakfast Nasi Beriyani Thai dengan ayam goreng.

Ayam goreng dia memang sedap, baru goreng je dah habis.



Chaweng Beach and Koh Samui Airport

Lepas balik je dari breakfast ang gerak yang lain untuk bangun and bersiap, kitorang pusing area Chaweng Beach untuk survey pakej yang nak amik esok. Lepas discuss kitorang decide untuk amik Pakej Koh Tao and Koh Nangyuan 1700 baht,arga yg dia letak 2100 baht. And dorang amik half day pakej untuk ke Namuang Waterfall and Elephant Ride untuk harini dengan harga 700 baht, Aku tak boleh join sebab bajet tak cukup plus nak pikcup Ily dekat airport nnt. Maybe sebab awal lagi so banyak kedai yang belum bukak. 


Chaweng Beach.

Central Festival Koh Samui.

Lepas pusing dekat area Chaweng kitorang split sebab dorang ada half day pakej and aku kena pickup Ily dekat airport. Airport Koh Samui ni sama laluan ke Fisherman Village cuma dia kena ke depan lagi. Ily whatsapp bagi tau yg dia sampai pukul 1.40 p.m rupanya silap, 1.40 p.m time Malaysia and dekat 2 jam jugak aku menunggu dekat airport ni. Airport Koh Samui ni kecik gila, plg kecik aku pernah tengok. Bila masuk just ada meeting area je, tu pon open mcm dalam gambar tu and parkoing motor cuma 10 baht, hehehe.

Meeting area Airport Koh Samui.


Lepak dekat kerusi ni 2 jam sebab dekat sini je ada kipas, hahaha.

Na Mueang Waterfall

Lepas je pickup Ily, kitorang terus nak cari tempat untuk makan sebab  aku pon tak lunch lagi, memang tengah lapar gila. Mula mula ingat nak makan dekat Restoran Faria depan Bangkok Hospital tapi seba makanan dah habis kitorang terus ke area Muslim Village, sebab aku ada bersembang dengan sorang pakcik ni pagi tadi and dia cakap dia berniaga restoran dekat area situ, so kitorang pon makan situ. Lagi pon laluan ni sehala untuk ke Na Mueang Waterfall, tempat yg kitorang nak pergi. Kitorang naik ke Na Mueang Waterfall 2, sepanjang perjalanan ni ada signboard untuk ke sini.

Restoran n i betul betul tepi jalan. Sorry tak dak gambar makanan, dah lampar sangat. Lupa nak amik.


Antara trek untuk sampai ke waterfall, kena hike dalam 15 minit untuk sampai ke atas.

Sempat jugak lah aku mandi dekat sini sebab dah berpeluh sangat panjat ke sini.

Viewpoint from Na Mueang Waterfall.

Hinta and Hinyai

On the way balik dari Na Mueang kitorang terserempak dengan Acap dengan Alip, so kitorang gerak sekai ke Hinyai and Hinta. Orang cakap kalau sampai ke Koh Samui mesti kena datang ke sini untik amik gambar, aku pon tak tahu apa yg menarik sangat,hehehe. Hinta tu batu yg design dia mcm laki punya tutttt and hinyai perempuan punya tuttt. Hahaha. 



Alip dengan Sha dok kushuk amik gambar hinyai. Hahaha.


Chaweng Beach

Malam tu lepas Maghrib kitorang terus keluar untuk cari makan and jalan halan area Chaweng Beach untuk cari souvenir, kalau ikutkan souvenir dekat sini lebih mahal compare dengan dekat FIsherman Village Night Market, so korang boleh beli siap siap dekat Fisherman Village Night Market. Malam tu kitorang dinner dekat foodcourt sebelah Central Festival Koh Samui, dalam tu ada 1 restoran Halal untuk seafood and ada Indian Food.


Antara Restoran Seafood dekat area Chaweng Beach yg hanya mampu tengok, hehehe.

Yg awek baju merah tu Restoran Halal, and awek tu Acap dah cop awal awal.

Group photo tanpa tukang amik gambar.


Credit to Aida Alia