Thursday, February 25, 2016

Day 3 - Koh Tao & Koh Nangyuan

Hari ke 3 kitorang kat sini kitorang decide untuk amik pakej, selalunya ada 2 pakej yg korang boleh pilih. Pakej Angthong Marine Park, or Koh Tao & Koh Nangyuan. Anghthonh lebih kepada aktiviti macam hiking and kayak. Koh Tao & Koh Nangyuan pulak lebih kepada snorkelling and ada jugak hiking untuk viewpoint and kitorang maik pakej Koh Tao & Koh Nangyuan. Pukul 8.00 a.m je pickup van dah sampai untuk bawak kitorang ke jetty untuk ke Koh Tao & Koh Nangyuan. Sampai dekat jetty, dorang serve kan breakfast, roti bakar dengan coffee sebelum naik boat. Perjalanan naik boat  ni amik masa dalam 1 jam 30 minit, memang jauh and akan lalu Koh Phangan. 23 hb ada Full Moon Party dekat Koh Phangan, and memang ramai sgt org dekat Koh Samui musim ni. Bagi yg mabuk laut, better korang makan ubat before boat bergerak, sebab ada jugak yg 2 3 orang muntah time nak pergi.

Muka excited nak snorkell.

Koh Nangyuan

Kitorang diberi  masa 45 minit untuk mandi, snorkell and boleh panjat untuk viewpoint. Bagi aku macam tak cukup sangat sebab kitorang tak sempat nak hike untuk viewpoint sebab viewpoint yg kitorang pergi tu tutup, so nak ke 1 lagi agak jauh. Dekat sini jugak ada restoran and toilet kalau korang nak pergi.




Ramai sangat orang.

Bila dah sampai dekat jetty ni baru tahu yg tak boleh naik ke viewpoint sbb renovate,sobs.

Koh Tao (turtle island)

Dekat Koh Tao ni dorang ada providekan lunch, and dorang kata Halal. So lepas dah makan dalam 45 minit, kitorang teruskan aktiviti snorkell dekat Koh Tao. Dekat Koh Tao lebih banyak ikan compared dengan Koh Nangyuan, and boat just berhenti tengah laut and kita turun untuk snorkell. Kalau ada rezeki maybe korang boleh jumpa turle dalam ni. Masa yg dorang bagi untuk snorkell dekat sini dalam 45 minit.


Selfie, hehehe.



Sebabkan cuaca tak berapa elok, so time balik tu memang dah cuak sangat dah. Ombak memang besar and memang ramai sgt yg muntah, tak terkira dah. Tp alhamdullilah semua selamat, plus boat crew memang bagus gila, dorang jaga kitorang elok elok sepanjang perjalanan ni. Thank you.




Masing masing dah pengsan dah.



Sampai je dekat hotel masing masing berehat je and malam tu kitorang pusing area Chaweng Beach untuk beli souvenir and dinner dekat sana.

Esoknya tu hari terakhir kami kat Koh Samui, flight pukul 12.30 so kitorang gerak dari hotel pukul 5.00 a.m sbb  perjalanan nak sampai ke Surat Thani saja amik masa dlm 4 jam. And nk jadi cerita taxi yang kitorang deal dengan hotel tak datang, so kitorang terpaksa call taxi yang kitorang naik time sampai and alhamdullilah nasib dia nak datang and sempat hantar ke Raja Jetty on time tanpa sebarang extra charge. So ni number taxi driver tu, 0836908273 (kom) . Tp entah knp aku rasa trip kalini antara yg paling best, maybe sebab dengan kawan kawan yg betul betul rapat dengan aku. Maybe aku dah boleh stop dah kot trip untuk ke pulau dekat Thailand ni, rasa dah cukup dah. Hehehe. Maybe next trip luar dr Asia pulakkan, hehehe. Ok lah insyaAllah jumpa lagi pd entry akan datang. Assalamualaikum.

Last selfie before balik, btw Happy Birthday Ily. Hehehe.


No comments:

Post a Comment