Wednesday, February 26, 2014

Tips and tricks di Bangkok.

1. Scam / penipuan – Bangkok memang sangat famous dengan scam ni. Kalau dekat area Bangkok,ada orang akan mengaku dia sebagai doctor atau cikgu sekolah and pelawa korang untuk bawak jalan-jalan, korang jangan ikut. Tuk-tuk dekat Bangkok selalu nya gangster, jangan percaya bila dorang kata CHEAP TUK-TUK, 1 BAHT FOR ONE DAY, ni semua tipu. And dekat Grand Palace,jangan percaya kalau ada orang cakap yang Grand Palace tutup.
2. Bahasa – Kebanyakan nya memang tak tau English and yg tau cuma Bahasa Thai, so at least belajar lah basic mcm Sawadee Kha (selamat sejahtera), Khapkhun kha (terima kasih), Yindee kha (sama-sama)
3. Makanan Halal – Makanan halal bagi aku memang susah nak cari, kalau ada pon Restoran Arab yang mahal-mahal. KFC dan McD dia pon tak hala. So prepare lah Maggie banyak-banyak. Tapi 7e memang banyak dekat sana. Dekat area Bangkok aku cuma tau 1 restoran je yg dekat Platinum,kalau dekat Chatuchak Weekend Market ada 2,3 Restoran Halal.


Day 4 – Shopping! Shopping! Shopping! di Chatuchak Weekend Market

Dah last day, and ni lah yang kitorang tunggu-tunggu and penyebab utama aku ke Bangkok, shopping dekat Chatuchak. Dari Asok, kena naik MRT ke Mochit, iaitu stesyen paling last. Sediakan lah duit sebanyak mungkin sebab dekat sini tak sure ada ATM tak and Cuma ada satu je money changer. Dekat sini aku jumpa beberapa orang kawan baru, banyak benda yang tak jual kat Malaysia ada jual dekat sini. And apa yang jual dekat Malaysia,jual dekat sini dengan harga yg jauh lebih murah, tersangat murah. Tapi barang fake lah,lebih kurang downtown nya barang. Contoh nya, kasut New Balance or Vans dalam 500 Baht je. Memang kitorang habis berates jugak lah dekat sini.

Untuk makanan Halal pulak, dekat sini ada beberapa restoring halal,so korang tak perlu risau. Kitorang makan Nasi Beryani ala Bangkok,hehehe. Rasa boleh tahan.
Chatuchak Weekend Market ada berates-ratus gerai and cuaca sangat panas dekat sini. So pakai lah apa yg paling selesa, aku pernah tengok mat salleh perah baju dia sebab panas sangat. Bayangkan, dari pukul 10.00 a.m kitorang sampai, pukul 5.00 p.m bru kitorang balik. Banyak sangat barang yg ada. Tak banyak gambar sebab penat menyopping je,hehehe.





Malam tu kitorang tidur airport je, sebab flight esok nye pukul 7.00 a.m, so nak check in lagi. Takut tak terjaga je bila dah tidur dalam aircond, hehehe.


Day 3 – One day trip dekat Chao Phraya River

Pukul 8 dah keluar sebab kitorang plan nak ke Chao Phraya River, nak kena naik train untuk kesana sebab jauh. Sorrylah, aku lupa nak take note stesyen apa,hehehe. Kitorang beli tiket untuk one day trip punya,maknanya boleh naik and turun dekat semua stesyen dekat Chao Phraya River tu sepanjang hari, harga 150 Baht. Dekat tiket tu dia ada map and tulis apa yg menarik dekat setiap stesyen,so kitorang dh boleh plan nak kemana. Kitorang ke Khaosan, Grand Palace (bukan nama stesyen), Wat Arun (bukan nama stesyen) and Chinatown. Btw, Chao Phraya River merupakan sungai air tawar terbesar di Asia Tenggara.





Khaosan - Tempat yg famous dikalangan backpacker, tempat ni sangat berbeza dengan Sukhumvit,penuh dengan mat salleh je dan tak secrowded Sukhumvit. Songkram Festival pon dilakukan kat sini setiap tahun. Bagi peminat Running Man mcm Acap,dekat sini gak salah satu tempat yg Running Man shoot time datang ke Bangkok.






Grand Palace – Tempat paling tumpuan sekali, paling ramai tourist dekat sini. Grand Palace merupakan istana di Bangkok, waktu kitorang datang. Tuanku Abdul Halim Muad’zam Shah pon berada disini untuk membuat lawatan. 500 Baht untuk masuk ke dalam Grand Palace,kitorang bergambar dekat luar je,tak cukup budget. Hehehe. Berjaga-jaga kat sini ada scam yg bg tau Grand Palace ditutup, Grand Palace tak pernah tutup,ingat,TAK PERNAH TUTUP!







Wat Arun – Kalau nak ke Wat Arun,kena tukar boat. Naik boat lain yg berharga 3 Baht je. Wat Arun merupakan temple yang paling famous dekat Bangkok. Dekat sini pon ramai tourist yg datang untuk bergambar.






Chinatown – Dah sepanjang hari berjalan,cuaca pon panas sangat. Time sampai sini badan pond ah letih,jalan pond ah tak larat. Dekat sini banyak jual barang keperluan perempuan.

Balik dari Chao Phraya River kitorang terus makan dekat depan hostel SUK 11 Restoran, sebab dah lama sangat tak makan nasi. Telur dadar 100 Baht, parah-parah.




Day 2 – Berjalan ke kotaraya Bangkok

Dengan berbekalkan sarapan Maggie je pg tu, kitorang jalan kaki ke Bangkok (aku tak sure ape nama tempat tu) tap kalau MRT stesyen Siam. Lebih kurang Bukit Bintang, semua shopping complex ada dekat sini, Siam Paragon, MBK and lain-lain. Berjalan kaki tu lebih kurang 30 minit lah dar hostel kitorang. Sepanjang perjalanan boleh tengok orang berniaga tepi jalan.





Lepas pusing-pusing area Bangkok, terus ke HRC untuk shopping baju. Kitorang lunch dekat Platinum, sebab yang kitorang tau, dekat situ je ada nasi yang halal. Ada restoran Nasi Ayam dekat foodcourt dia, tq to Kak Iylia from BBM for the info,hehehe.
Malam tu kitorang tak kemana sebab hujan, cuma turun untuk makan je. Makan malam kitorang kebab dekat area Nana, harga Cuma 60 Baht.






Bangkok Trip (28 Ogos 2013 – 1 Sept 2013) - Day 1

Assalamualaikum, actually ni bukan 1st time aku ke Bangkok, aku dah pernah ke Bangkok naik train dari Butterworth. Tapi kali ni naik flight je, ngan Acap lagi. Dia je yg aku rasa senang nak mengajak berjalan,hehehe. Kitorang bertolak dari LCCT pukul 4.30 p.m and sampai dalam 6.30 p.m, sampai je Dong Muang Airport, Bangkok terus je amik teksi. Teksi dia mudah, bila keluar je dr airport,korang akan tengok ada signboard and beratur untuk amik teksi. Kitorang sampai pukul 6.30 p.m , so memang time jalan dekat Bangkok ni tengah jammed teruk. Maybe sebab tu kitorang kena 450 Baht. Bangkok memang famous dengan jammed dia, merasa jugak lah kan. Perjalan ke hostel amik masa lebih kurang 1 jam.

Ni 1st time aku book hostel nak merasa pulak stay dekat hostel, feel dia pon lain. Pukul 7.30 p.m sampai lah dekat SUK 11 Hostel dekat Sukhumvit 11. Hostel yang sangat ok bagi backpacker and nak merasa cara backpack. Cantik, feel dia lain, toilet share, lobby dekat bawah,makanan cuma boleh bawa ke lobi. So dekat lobi ni lah nak cari kawan, sembang dengan traveler yg lain.Kitorang amik hostel dekat area Sukhumvit sebab senang, ada orang berniaga sepanjang jalan and dekat dengan MRT syesyen Nana dan Asok. Nana tempat Pak Arab selalu syat kalu dekat area Bangkok, so memang banyak makanan Halal.





1st day memang tak jalan mana sebab dah malam, cuma keluar cari makan and jalan-jalan area Sukhumvit. Kitorang ke shopping complex Terminal 12 and makan McD je malam tu.