Friday, July 29, 2016

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson, Melaka (29 July 2016)

Assalamualaikum. Mesti baca tajuk pon dah pelik kan? Port Dickson, Melaka? Sebab bila aku google pasal Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni dia memang under Port Dickson tapi dalam Melaka. Tapi apa yang ada dekat sini yang sampai aku nak datang sangat. Sebenarnya aku dah lama jugak tengok orang post gambar dari atas bukit and nampak laut dekat instagram, cari punya cari finally jumpa jugak tempat ni. So tak pikir panjang terus plan dengan member member UNITEN untuk ke sini, tapi sebab kan hari Jumaat. So tak ramai yang dapat join. Perjalanan dari Bangi ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni amik masa dalam 1 jam 30 minit, korang just boleh terus search Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Entrance dia betul betul terletak di sebelah PNB Ilham Resort Port Dickson. Entrance untuk masuk ke sini cuma RM1 and macam biasa, bawaklah air sendiri sebab memang tak ada jual makanan or minuman dekat sini.

Parking di hadapan PNB Ilham Resort PD.

Main gate Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

Ada disediakan toilet dekat main entrance.

Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado)

Lepas 15 minit berjalan ke atas korang akan jumpa Rumah Api Tanjung Tuan, and track untuk naik sampai ke rumah api ni iala jalan tar. Aku cukup tak suka kalau lalu jalan tar, penat nak mati even 15 minit, hehehe. Rumah api ni dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British and telah dibina semula pada tahun 1860 lepas musnah akibat peperngan.  Rumah api ni berkunci tapi korang just boleh berjalan keliling dia and berehat dekat area situ.



Bukit Batu Putih

Disebabkan niat kitorang untuk ke Bukit Batu Putih so kitorang teruskan perjalanan, sebenarnya laluan nak ke bukit ni korang kena masuk ke dalam hutan and jungle trekking and hiking sikit untuk sampai. Before sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan, korang akan nampak tong sampah di sebelah kiri and ada lorong kecik di sebelah kanan, masuk ikut lorong tu untuk sampai ke Bukit Batu Putih and track dia simple je.

Laluan untuk start jungle trekking ke Bukit Batu Putih

Kalau taknak panjat ikut tali, korang boleh pusing ke belakang untuk panjat di celah batu.



Hehehe, bukan selalu ada gambar sendiri.

Blue Lagoon Port Dickson

Aku tak tahu memang nama tempat ni Bluee Lagoon ke apa, aku baru search waktu nak buat entry ni. Kalu orang tipu aku, aku tipu korang lah. Hahaha. Dari atas memang nampak view yang memang cantik. Tapi sebabkan dah panas sangat kat atas tu, so kitorang decide nak turun and ke Blue Lagoon. Kitorang sebelum ni memang tak plan nak mandi pon sebab pikir tak ada tempat nak bilas badan nanti. Tapi bila dah sampai dekat bawah terus jadi tak sabar nak mandi, hahaha. Memang cantik and bersih. memang beza dengan area Teluk Kemang. Dekat area Blue Lagoon ni port ada tapak untuk camping.

Excited sangat budak ni, hahaha.




On the way balik dari sini kitorang tak lalu jalan yang sama time masuk. Dekat dengan camp site dekat Blue Lagoon ni ada trek untuk naik ke atas bukit and keluar dari Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Just nak panjat bukit tu memang agak penat tapi jalan ni memang lagi cepat compare dengan jalan datang. So far bagi aku tempat ni memang best, kitorang pon plan untuk campind dekat sini nanti. Tempat dia privacy and cantik. Ok jumpa lagi dalam next entry, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment