Friday, July 29, 2016

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson, Melaka (29 July 2016)

Assalamualaikum. Mesti baca tajuk pon dah pelik kan? Port Dickson, Melaka? Sebab bila aku google pasal Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni dia memang under Port Dickson tapi dalam Melaka. Tapi apa yang ada dekat sini yang sampai aku nak datang sangat. Sebenarnya aku dah lama jugak tengok orang post gambar dari atas bukit and nampak laut dekat instagram, cari punya cari finally jumpa jugak tempat ni. So tak pikir panjang terus plan dengan member member UNITEN untuk ke sini, tapi sebab kan hari Jumaat. So tak ramai yang dapat join. Perjalanan dari Bangi ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni amik masa dalam 1 jam 30 minit, korang just boleh terus search Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Entrance dia betul betul terletak di sebelah PNB Ilham Resort Port Dickson. Entrance untuk masuk ke sini cuma RM1 and macam biasa, bawaklah air sendiri sebab memang tak ada jual makanan or minuman dekat sini.

Parking di hadapan PNB Ilham Resort PD.

Main gate Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

Ada disediakan toilet dekat main entrance.

Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado)

Lepas 15 minit berjalan ke atas korang akan jumpa Rumah Api Tanjung Tuan, and track untuk naik sampai ke rumah api ni iala jalan tar. Aku cukup tak suka kalau lalu jalan tar, penat nak mati even 15 minit, hehehe. Rumah api ni dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British and telah dibina semula pada tahun 1860 lepas musnah akibat peperngan.  Rumah api ni berkunci tapi korang just boleh berjalan keliling dia and berehat dekat area situ.



Bukit Batu Putih

Disebabkan niat kitorang untuk ke Bukit Batu Putih so kitorang teruskan perjalanan, sebenarnya laluan nak ke bukit ni korang kena masuk ke dalam hutan and jungle trekking and hiking sikit untuk sampai. Before sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan, korang akan nampak tong sampah di sebelah kiri and ada lorong kecik di sebelah kanan, masuk ikut lorong tu untuk sampai ke Bukit Batu Putih and track dia simple je.

Laluan untuk start jungle trekking ke Bukit Batu Putih

Kalau taknak panjat ikut tali, korang boleh pusing ke belakang untuk panjat di celah batu.



Hehehe, bukan selalu ada gambar sendiri.

Blue Lagoon Port Dickson

Aku tak tahu memang nama tempat ni Bluee Lagoon ke apa, aku baru search waktu nak buat entry ni. Kalu orang tipu aku, aku tipu korang lah. Hahaha. Dari atas memang nampak view yang memang cantik. Tapi sebabkan dah panas sangat kat atas tu, so kitorang decide nak turun and ke Blue Lagoon. Kitorang sebelum ni memang tak plan nak mandi pon sebab pikir tak ada tempat nak bilas badan nanti. Tapi bila dah sampai dekat bawah terus jadi tak sabar nak mandi, hahaha. Memang cantik and bersih. memang beza dengan area Teluk Kemang. Dekat area Blue Lagoon ni port ada tapak untuk camping.

Excited sangat budak ni, hahaha.




On the way balik dari sini kitorang tak lalu jalan yang sama time masuk. Dekat dengan camp site dekat Blue Lagoon ni ada trek untuk naik ke atas bukit and keluar dari Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Just nak panjat bukit tu memang agak penat tapi jalan ni memang lagi cepat compare dengan jalan datang. So far bagi aku tempat ni memang best, kitorang pon plan untuk campind dekat sini nanti. Tempat dia privacy and cantik. Ok jumpa lagi dalam next entry, Assalamualaikum.

Tuesday, July 26, 2016

Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang (16 Feb 2016) *repost

Assalamualikum, sebenarnya dah lama aku nak update trip ke Air Terjun Berkelah ni, tapi sebab sekarang memang busy tengah intern, so baru harini dapat update. Trip kalini aku pergi dengan budak budak Uniten.


Kitorang seramai 13 orang bergerak dari Bangi and terus ke Kuantan. Sebenarnya Air terjun Berkelah terletak di daerah Maran and sebelum sampai Kuantan, tapi sebab nak lepak dulu and kitorang plan untuk tidur dekat padang MPK Kuantan malam tu. Kiranya lepas Subuh baru ke Air Terjun Berkelah. Laluan nak ke Air Terjun Berkelah ni mudah je. Kitorang just refer dari Eshamz Halim untuk sampai kat sini. Credit dekat beliau.

"Kalau dari arah Kuala Lumpur, korang perlu memandu ke arah Lebuh Raya Karak, kemudian teruskan perjalanan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar di Exit 827 atau Exit Sri Jaya. Selepas tol Seri Jaya, belok kiri di simpang tiga dan teruskan perjalanan ke Kampung Gelugor ataupun ke arah Bukit Gambang. Korang akan jumpa Masjid Kampung Gelugor di sebelah kanan dan simpang masuk ke Hutan Lipur Berkelahdi sebelah kiri beberapa kilometer selepas Masjid Kampung Gelugor (tak pasti berapa kilometer lagi daripada masjid). Jangan risau kalau tersesat sebab aku rasa papan arah ke Hutan Lipur Berkelah memang cukup membantu." Entry blog by Eshamz Halim 


Berehat dipadang MPK Kuatan.

Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Kuantan akhirnya kitorang sampai ke Air Terjun Berkelah. Memang aku ada baca blog sebelum ni kalau korang nak ke Air Terjun Berkelah ni kena sewa lori or pickup untuk sampai sebab jambatan dia runtuh. Tapi Alhamdullilah, time kitorang datang jambatan tu dah pon di repair and dah boleh akses dengan mudah. So bermulalah ekspedisi mencari air terjun 7 tingkat yg famous ni.

Air Terjun Berkelah (tingkat 1)

Lebih kurang 15 minit perjalan untuk sampai ke tingkat 1. Tingkat 1 ni merupakan hutan lipur so ada pondok yang korang boleh duduk untuk relax. Di sekeliling tingkat 1 ni ada pagar, so kalau korang nak naik sampai ke tingkat 7 korang kena panjat ikut pagar tu. Tapi memang ada track and laluan kat pagar tu.



Air Terjun Berkelah (tingkat 1)

Air Terjun Berkelah (tingkat 5)

Kitorang amik masa lebih kurang 1 jam perjalan untuk sampai ke tingkat 5. Sepanjang perjalanan naik ke tingkat 5 korang akan lalu track yang memang agak licin sebab lalu di tepi air terjun. So memang kena hati hati. Tingkat 5 ni memang port untuk orang mandi and camping, so kitorang stop dekat sini dulu untuk mandi and lunch sebelum terus naik ke atas.

Gila selfie rupanya.



Air Terjun Berkelah (tingkat 5)

Air Terjun Berkelah (tingkat 7)

Sebabkan cuaca yang tak berapa nak elok, so kitorang berpecah pada 2 group. 1 group stay dekat tingkat 5 and lagi 1 group naik sampai tingkat 7, Still perjalanan nak sampai ke tingkat 7 amik masa dalam 1 jam and track memang licin. Tingkat 7 ni memang sangat sangat dalam and memang kitorang tak berani nak mandi, just amik gambar je lah tanda dah sampai, hehehe.

Laluan untuk sampai ke tingkat 7.

Dari 13 orang, cuma 6 orang yang sampai ke tingkat 7.

Air Terjun Berkelah (tingkat 7)

So far bagi aku sepanjang trip kitorang mandi air terjun, ni lah yang paling susah and tough. Maybe sebab masing masing tak cukup tidur and penat drive. Lagipun kitorang bukan kaki hiking pon, jenis main redah je. Tp betul cakap orang, mind over body lah. Kena positive sikit baru boleh sampai atas, and memang berbaloi walau penat yg teramat sangat. Nasib lah time balik orang lain yang drive, hehehe. So insyaAllah jumpa lagi dlm next trip. Assalamualaikum.

Thursday, June 9, 2016

Day 3 - Final day at Singapore

Hari ke 3 kitorang dekat Singapore, semua dah memang letih sangat sebab 2 hari full day penuh dengan akitiviti. So harini kitorang keluar lewat sikit, and plan cuma nak jalan jalan dekat Arab Street, sambung shopping dekat Bugis Village, Mustaffa Centre Little India and  Arab Street.

Breakfast at Zam Zam Restaurant Arab Street

So pagi tu kitorang makan dekat Zam Zam Restaurant yg terletak dekat Arab Street, antara restaurant yg famous dekat Singapore ni. Antara makanan yang korang patut try ialah Murtabak dan Nasi Beriani.



Pagi pagi lagi dah kedarah Nasi Beriani.

Haji Lane

Haji Lane ni kira port hipster datang untuk amik gambar lah dekat sini, banyak building yang design dia lawa, so kitorang memang tak lepas peluang untuk amik gambar dekat area sini. Haji lane ni terletak dekat area Arab street, so dekat sangat dengan hostel kitorang. And waktu malam minggu, memang penuh dengan orang sebab banyak pub dekat area sini. 


Model tak diiktiraf.


Mustaffa Centre Little India

Then kitorang ke Bugis Village untuk shopping, sebabkan aku dah update pasal Bugis Village pd entry yang lepas so aku skipkan je lah ok? Hehehe. Nect kitorang ke Mustaffa Centre Little India, sebenarnya Mustaffa Centre ni tak ada apa sangat cumanya complex ni bukak 24 jam and semua benda ada, dari Clarks, Deuter sampai ke barang computer. Dorang cakap Mustaffa Centre ni lebih kurang Mydin dekat Jalan TAR, hahaha. Maybe lah kot. and time dekat sini aku pon dah letih sangat, so memang tak bukak camera untuk amik gambar. So aku sharekan gambar yang aku pernah amik dekat sini dulu ye.


Mydin Mall Jalan TAR, hahaha.


Arab Street (La Marelle Cafe)

Petang tu kitorang just pusing pusing area hostel and malam tak ke mana pon, sebab nak tidur awal and bangun untuk sahur nanti. Yelah esoknya puasa kan? Dugaan betul puasa dekat negara orang. Hehehe. Kitorang sempat lepak 1 cafe dekat Arab Street, La Marelle Cafe. Just untuk relax relax before balik. And malam tu kitorang sahur dekat Kampung Glam Cafe, nasib lah dia bukak sampai awal pagi, so senang lah.



Sebabkan ni kali ke 4 aku sampai ke Singapore, so tak lah excited sangat. Plan asalnya nak ke Bukit Puaka, tapi tak kesampaian. Overall seronok jugak dapat jalan jalan dekat sini lagi dengan kawan kawan yg ok. And makanan Halal tak lah susah nak cari, just maybe sebab duit Malaysia yg drop sangat so terasa jugak lah nak belanja dekat sini. And maybe aku akan pergi lagi ke Singapore, kalau ada yang nak sponsor, hehehe. Sebab Kak Nad cakap nak bawak, aku jadi babysitter Safaa dengan Yaqub. Hahaha. Kalau nak pergi sendiri maybe lambat sikit lah kot, banyak lagi tempat lain yg aku belum pergi. Ok jumpa lagi dalam next entry, Selamat Berpuasa semua. Assalamualaikum. 


Thanks for the memories.

Day 2 - Universal Studio Singapore

Hari ke 2 kitorang ke USS, pagi lagi before ke USS kitorang breakfast di Kampung Glam Cafe dekat Arab Street, makanan yang bagi aku ok and harga pon ok. Nasi lemak dia bagi aku tip top, hehehe. Saja isi perut awal awal sebab tau makanan dekat dalam USS nanti mahal. Dari Stesyen Bugis, kitorang naik MRT ke Harbour Front dalam 1.60 Sgd. Dari Harbour Front, kitorang naik train untuk masuk ke Sentosa Islang. Rasanya tak banyak yang aku boleh update pasal USS ni. Sebab semua benda sama je, hehehe. Just aku syorkan kalau korang taknak beratur panjang untuk ride or apa apa show dia, better bila masuk terus pi kat tempat tu. Sebab USS tutup dalam pukul 8.00 p.m, so korang memang banyak masa untuk round banyak kali. Macam kitorang, masuk je terus que untuk Transformers The Ride, ni memang wajib lah. Selain tu, Waterworld and Light Camera Actions antara show wajib yang korang patut tengok. Untuk ride pulak, of course korang kena naik Roller Coaster dia especially Human, tercabut jantung weyh. Hahaha. Dalam USS jugak ada several restaurant yang jual makanan Halal, cuma harga agak mahal sikit lah. Korang boleh dapatkan pemplate and map USS waktu masuk dekat dalam, ni untuk mudahkan korang dekat sana nanti. Rasanya kalau nak share gambar memang banyak sangat. So Enjoy!!!



Battlestar Galactica: HUMAN

Waterworld.

Far Far Away Castle.

Balik dari USS masing masing dah penat and lapar, so kitorang ke Harbour Front and Stesyen Harbour Front betul betul dalam Vivo City shopping complex. Dekat dalam ni dekat ground floor ada foodcourt Halal, so untuk jimat kan korang dari 2 kali makan dalam USS, time balik maybe korang boleh makan dekat sini.

Wednesday, June 8, 2016

Singapore Trip (2 June 2016 - 6 June 2016) - Day 1 - Welcome to Singapore

Assalamualaikum. Trip kalini aku ke Singapore, actually dah 3 or 4 kali dah aku sampai sini. Ada yang datang dengan family, ada yang aku datang dengan Ily je, untuk masuk USS. So kitorang bertolak dari KLIA 2 pukul 9.30 p.m and sampai ke Changi Airport jam 11.00 p.m. Sebabkan last MRT dari Changi Airport ke Bugis pukul 11.00 p.m so kitorang tak sempat nak naik MRT. So kitorang ada 2 choice samada naik bas or taxi, tapi disebabkan kitorang ber5 so memang tak muat naik 1 taxi and kitorang decide untuk naik bas direct ke hostel. Tiket bas 9 Sgd seorang and kaunter bas betul betul depan Burger King  dekat ground floor. Malam tu lepas checkin terus tidur.


Kaunter tiket bas dari Changi Aiport ke Bugis.

Esoknya macam biasa, sementara tunggu yang lain bangun. Aku lepak dulu dekat rooftop sambil pekena Nescafe 3 in 1, yang best hostel ni sebab boleh lepak rooftop siap ada PS3 lagi untuk korang main.

Ni lah hostel yang kitorang stay, Shophouse The Social Hostel.

Pekena Nescafe 3 in 1 dulu.

View dari rooftop.

Hari ni kitorang plan nak pusing pusing Singapore je, mula mula kitorang plan nak tourist ticket. Maybe korang boleh google pasal ticket ni, tapi aku rasa rugi pulak bila kira kira, sebab kalau beli tiket biasa murah banyak. Just korang kena pastikan yang tak salah naik MRT je lah. Stesyen MRT yang paling dekat dengan hostel kitorang ialah Stesyen Bugis.

Bugis Village (Breakfast at Albert Complex)

First sekali kitorang ke Bugis Village, dekat sini memang port yang baik untuk beli souvenir. Harga memang murah compare dengan tempat lain. Tapi masa  nak datang sini kitorang tanya orang local dekat sini untuk cari makanan Halal. Diorang suggest untuk ke Albert Centre, betul betul depan Bugis Village. Dalam sini ada foodcourt, tapi korang kena ke row belakang sekali. Dekat situ ada 1 row yang jual makanan Halal, and harga pon boleh tahan murah. Lepas perut dah kenyang baru lah kitorang pusing untuk shopping dekat Bugis Village.

*Thank you Pakya for the time. Kalau korang cari baju yang limited dari Singapore, boleh check Instagram: Ohpakyapreloved

Albert Centre betu betul di hadapan Bugis Village.

Foodcourt yang menjual makanan Halal.

Bugis Village.

Port untuk beli souvenir.

Orchard Road

Then dari Bugis Village kitorang amik MRT ke Orchard Road, sorry aku lupa note down harga MRT untuk trip kalini, tapi tak salah aku semua lebih kurang 1.60 Sgd, cuma time balik ke Changi Airport je 3 Sgd. Dekat Orchard kitorang just jalan jalan je, pusing untuk amik gambar. Memang tengah banyak sale tapi bajet tak cukup untuk shopping dekat sini. Kalau korang nak cari makanan Halal dekat Orchard, boleh ke Far East Plaza. Dekat sini memang banyak makanan Halal. Then untuk fast food, KFC, Texas Chicken and Poppeye Halal untuk disapedek.


Ily nak posing depan Prada katanya, tapi nampak bus je. Hahaha.

Marina Bay (Merlion & Garden By The Bay)

Disebabkan kitorang plan untuk ke Garden By The Bay malam sebab nak tengok show dia, so kitorang gerak dari Stesyen Orchard ke Harbour Front. So dari Dhoby Gaut kitorang jalan kaki ke Merlion and Marina Bay. Jalan kaki nak ke Merlion and Marina Bay tu memang agak penat, maybe sebab dah seharian berjalan. And macam biasa, tempat tourist orang memang ramai, nak bergambar pon susah. Hehehe. Then bila dah puas bergambar, kitorang terus ke Garden By The Bay. Sempat lah jugak kitorang naik OCBC Skywal, 8 Sgd per entry untuk 15 minutes and lepak sambil tengok show dia sampai habis. Show dia start dalam 7.30 p.m sampai 8.30 p.m.

Dhoby Gaut.

Merlion menggatal, Hahaha.


Marina Bay.

View from OCBC Skywalk.

Garden By The Bay.


Dinner at Sup Tulang Merah Beach Road

Malam tu time balik memang semua dah lembik, yelah seharian berjalan. And malam tu kitorang decide nak makan sup tulang merah yang memang famous dekat Singapore, dekat Beach Road yang memang dekat je dengan hostel kitorang. Then bila sampai je hostel semua memang tidur lena sebab esoknya nak ke USS.

Memang ramai gila orang.


Semuanya serba merah, hehehe. Sup tu memang power.