Monday, October 19, 2015

Day 3 - Hilltop, Railay Island & Krabi Night Market

Hari ketiga dah kitorang kat sini, kalau ikutkan harini memang tak ada plan ke mana sebab kalau nak amik pakej Island Hoping bajet memang dah tak cukup. So masing plan nya just pusing pusing Ao Nang and malam ke Krabi Night Market sebab market ni just bukak pd hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Tapi aku memang bangun awal pagi lah kan, and aku gerak Omar sebab yang lain memang tak nak bangun. Kitorang ke Hilltop Restoran sebab ramai kata view dekat sini lawa, tak jauh pon dar Ao Nang just dalam 5 minit je and boleh search dekat Maps. Dah puas bergambar dekat situ kitorang pon breakfast sambil pikir nak ke mana pagi ni, then kitorang decide nak pusing naik motor je dekat area area situ and sampai ke An Nam Mao Beach and dekat sini ada boat ke Railay Island. Aku ada jugak baca pasal pulau ni, cara nak sampai ke situ just kena naik boat, and harga boat dia 100 Baht je. Kitorang memang tak pikir panjang terus beli tiket, dah la tak mandi, pasport pon tak bawak, nasib pagi tu sempat amik camera.


View from Hilltop.

Btw, lupa nak inform yg sayur tu semua free.



Railay Island

Sampai-sampai je kat pulau ni memang kitorang agak lost lah, ye lah sebab tak survey pape. Tapi dia ada map dekat sini and kitorang decide nak try cari Lookout Point dengan Lagoon dia, So jalan punya jalan last sekali kitorang tembus dekat Phra Nang Cave, cave yang kitorang sampai semalam. Rupanya cave tu terletak dekat Railay Island, just sebelah belakang dia. And kitorang jumpa tempat buntuk panjat ke Lookout Point tu, seriously agak bahaya kalau time hujan sebab nak panjat dia guna tali and agak curam. Tapi percayalah, kalau dah sampai atas tu memang berbaloi cuma agak frust sebab kitorang tak dapat sampai ke Lagoon dia sebab kitorang tak nak amik risk, mat salleh yang sama dengan kitorang time panjat pon patah balik. Dari tak ada pape plan pagi ni, then dapat panjat kat atas ni memang rasa berbaloi and so far view kat sini yang paling cantik. Then bila dah turun tu kitorang sempat berendam dulu untuk hilang kan oenat panjat pulau tu and terus balik ke hotel.

Paradise.


Lagoon just dapat tengok dr sini je.

Antara track untuk ke Lookout point and lagoon.


Krabi Night Market

Petang tu macam yang kitorang plan nak ke Krabi Night Market, Krabi Night Market ni antara tempat yang aku nak pi sangat untuk trip kali ni sebab dia ada jual banyak jenis makanan local yang Halal and untuk orang yg suka makan macam aku, this is the best place lah kan? So kitorang bertolak dari Ao Nang dalam pukul 5 and perjalanan amik masa dalm 30 minit je untuk sampai ke Krabi, Krabi Night Market ni memang terletak betul betul dekat pekan Krabi and time kitorang sampai tu dorang baru nak berniaga. Macam macam jenis makanan yang kitorang try, kiranya aku rasa aku habis duit untuk trip kalini dekat sini je lah. Dari Kerabu, ke Oyster, ke Sangkaya, semuanya aku try,hehehe. Selain makanan, souvenir dekat sini pon murah compare dengan Ao Nang, maybe sebab Ao Nang tu tempat tourist. Sempat jugak lah kitorang shopping souvenir dekat sini.
Malam tu aku tak ke mana pon sebab pagi tu dah janji dengan driver taxi untuk pickup dekat hotel pukul 5.00, Bagi aku hari ni lah har yang best untuk trip ke Krabi ni. Maybe sebab aku suka makan makanan dia, then dapat pulak tengok view yang cantik dekat Railay Island tu.

Macam-macam jenis kerabu.


Sangkaya cuma 40 Baht, of course lah makan sampai 2.




Esoknya kitorang sampai Malaysia dengan selamat, hehehe. InsyaAllah jumpa lagi dalam trip yg lain, assalamualaikum.

Day 2 - 7 Island Krabi

Pagi-pagi lagi aku dengan Omar dah bangun macam biasa, and dorang yg lain still tidur lagi sebab lepak sampai lewat malam semalam. Harini kitorang dah book pakej 7 island, harga dalam 800 Baht seorang include dinner sebab pakej ni start dari pukul 1.00 p.m sampai 10.00 p.m and kitorang guna Long Tail Boat je sebab murah. Pagi tu kitorang just keluar ronda area Ao Nang Beach and cari breakfast dekat area masjid Ao Nang, sebab dekat area sini banyak kedai makan yang Halal. Dah puas ke hulu ke hilir terus balik ke Hotel untuk tunggu guide datang pickup untuk Island Hoping nnt.
Tepat pukul 1 ada 1 van datang yg design dia ala-ala tuk-tuk, kira boleh muat dalam 10 orang jugak kat belakang tu. Group kitorang untuk Island Hopping ni banyak dr cina and mat salleh, kira kitorang je lah melayu yg ada. Maybe bukan musim cuti dekat Malaysia kot. Aku listkan aktiviti sepanjang Island Hoping dekat bawah.


Ao Nang Beach.




1. Phra Nang Cave

1st stop kitorang ke Phra Nang Cave, dia bagi masa lebih kurang sejam dekat sini. Ada cave dekat sini yang penuh dengan benda alah tu, aku nak tulis pon tak sampai hati, hahaha. Aku tak tau knp dorang letak benda tu, nnt korang boleh refer gambar untuk tengok. Then korang boleh jugak try wall climbing dekat sini. Kitorang memang mandi je lah dekat sini, sebab air dia jernih and lawa. Puas lah sejam dia bagi masa dekat sini.



Benda ni yg aku maksudkan tu, hehehe.



2. Chicken Island & Snorkelling 

2nd stop kitorang stop dekat untuk snorkelling area Chicken Island, memang puas lah dapat snorkell dekat sini cuma aku rasa Malaysia cantik lagi sebab aku pernah ke Pulau Perhentian. Coral dengan ikan dekat Pulau Perhentian banyak lagi tapi still ok untuk snorkell dekat sini, just kena jaga kaki sebab Landak Laut banyak kat bawah tu. Tourist guide ada sediakan mineral water dengan nenas untuk makan atas boat bila korang dah lapar, semua tu free je. Then kitorang pusing untuk amik gambar Chicken Island yg memang ada rupa ayam pon, hehehe.



Acah-acah beachboy dengan background Chicken Island.


3. Tub Island & Moh Island

Then kitorang stop dekat Tup Island, tourist guide terpaksa untuk tunggu air surut untuk datang ke Tup Island sbb dekat sini ada 3 pulau yg dekat. So bila air surut boleh jalan kaki dari Tup Island ke Moh Island, kitorang just amik gambar je dekat area sini.


Laluan dari Tup Island ke Moh Island.

4. Poda Island

Next stop kitorang ke Poda Island untuk dinner and sunset. Makanan yg disediakan memang banyak and dorang banyak kali cakap yg makanan ni Halal so makan je lah. Kira time makan ni kita kumpul dengan boat boat yang lain and makan ramai ramai lah. And time sunset memang lawa, syukur jugak lah sebab cuaca baik and tak hujan.


Makan time!


Sunset at Poda Island.

5. Snorkelling

Then last before kitorang balik, boat akan stop untuk snorkelling tengok planton, binatang yag dalam Spongebob Squarepants tu. Snorkelling tengah malam tengah laut, hahaha. Ni memang benda gila yg aku rasa aku buat, tapi best lah. Planton tu macam kelip-kelip dalam air.

Malam tu bila sampai je hotel, badan pon dah letih seharian kat tengah laut, perut pon dah kenyang. Memang tidur je lah.


Krabi trip (27 Sept 2015 - 30 Sept 2015) - Day 1 - Emerald Pool

Assalamualaikum, trip kalini aku ke Krabi. Aku rasa Krabi ni tempat paling ramai orang Malaysia pergi kot, sebab tengok kat FB asyik asyik update Krabi je. Tapi aku baru 1st time nak sampai, and trip kalini ramai sikit, 5 orang sebab dengan member member UNITEN. Pagi lagi kitorang dah gerak ke KLIA 2 sebab flight pukul 7 and nak jadi cerita flight kitorang sama dengan budak UNITEN yg lain, rasanya suku dr flight tu bdk UNITEN je kot, hehehe. Perjalanan KL ke Krabi amik masa dalam sejam setengah. Bila sampai je dekat Krabi, Omar terus beli simcard, internet dia unlimited so sorang je beli yg lain boleh share. Aku jarang beli sim bila travel tapi sebab kitorang plan nak naik motor, so lbh mudah kalau ada internet. Sebab kitorang berlima so tak boleh nak amik teksi, so yang ada cuma van and rasanya harga sebiji van dari Airport ke Ao Nang memang 1050 Baht, so amik je lah. Tapi kitorang deal dengan driver yg sama untuk pickup kitorang balik nnt dengan harga 600 Baht.




Sampai je Adam Bungalow dekat Ao Nang tu terus checkin, rumah dia kecik je and kitorang amik yg psling jimst. Just pakai kipas je, siang mmg tak sesuai dok dalam bilik. Panas wey, hahaha. Tapi area dia memang lawa and dekat dengan Ao Nang Beach plus dia complete dengan Restoran Halal and boleh sewa motor. Siang tu memang kitorang lunch dekat situ and pusing2 area Ao Nang untuk survey pakej yang menarik. Banyak pakej yg ada macam Phi Phi Island, Emerald Pool, 4 Island, Hong Islang and 7 Island. Kitorang decide nak amik 7 Island.



Omar tengah mengayat nak ajak lunch sekali.

Act 1st day memang kitorang dah plan nak ke Emerald pool, and dah survey ikut Maps. Dalam 30km je perjalanan, so kitorang sewa 3 biji motor dekat Adam Bungalow tu, 180 Baht untuk 1 motor. Bila dah follow Maps tu sekali tengok dia bawak ke Tiger Cave Temple, temple yang ada beribu anak tangga untuk panjat and boleh tengok view Krabi. Tapi kitorang tak panjat pon sebab memang dah penat and panas dah naik motor, then sampai pulak tempat lain. Bila tny orang Emerald Pool, semua taktau. Then ada guide bagi tau yang dia dalam 50 km dari situ, mak ai.  Hahaha. Tapi sebab tu tujuan kitorang arini so kitorang decide nak pergi je tanpa sebarang map or pape. Main redah je, last sekali kitorang rasa dah memang jauh dah kitorang jalan, bila berhenti tny orang, dorang tak reti cakap English. Last kitorang stop dekat Police Station and tny, and guess what? Polis tu cakap Emerald Pool tu 50 km dari situ, so total 130 km lah ni, hahaha. Masing masing memang dah lemau and nak give up dah tapi, then last sekali kitorang sampai jugak. Pukul 12.30 p.m bertolak, pukul 3.00 p.m baru sampai. Sakit kepala, penat, lapar semua complete. Then bila dah sampai, terus masuk. Bayaran masuk 200 Baht, and Faez tak masuk sebab dia sakit kepala. Dari pintu masuk nak ke Emerald Pool tu kena jalan dalam 15 minit jugak, tapi bila dah sampai tu, memang cantik and biru air dia. Kitorang dah la tak bawak baju lebih or tuala, tapi sebab penat sangat. Terjun je mandi, sebab dah tak tahan sangat. Balik tu kitorang amik masa dalam sejam je untuk balik, beza gila. Pergi 3 jam, balik sejam.
Finally, Emerald Pool bebeh!


Mula-mula boleh tahan lagi tengok orang mandi.

Malam tu lepas dah puas berehat kitorang try Pancake yg paling famous dekat area Ao Nang ni, Yaminalah Pancake and memang sedap rasa dia. Tapi stall dekat area sini tutp awal, dalam pukul 9.00 p.m dah tutup. Then kitorang pusing area Ao Nang Beach and shopping barang untuk island hopping esok.

Sepanjang jalan ni ada stall jual makanan lain.

Aku lebih suka crepe tu dari pancake sebab rangup.

Tuesday, June 2, 2015

Day 3 - Talat Roi Fad Vintage Market

Balik je dr Ayyuthaya tu memang dah penat sangat, dengan cuaca panas sampai bilik aku terus tidur. Then bila terjaga aku perasan ada dormate baru nama Isabella dari Guatemala, lepas dah sembang sembang and berkenalan aku ajak dia ke Talat Roi Fad Vintage Market, tempat ni kira tujuan utama aku ke Bangkok kali ni. So mesti kena sampai jugak, So malam tu aku, Ily dan Isabela ke Talat Rod Fai Vintage Market, Jaja tak join sebab penat sangat dah.

Kitorang naik BTS ke Udon SUK and bila dah sampai ke Stesyen Udon SUK amik teksi ke Seacon Square, kalau boleh korang google gambar and tunjuk gambar so senang driver teksi nak faham. And tips yang paling penting mintak dia stop kan opposite dari Seacon Square sebab kalau dia u-turn korang memang akan stuck dalam jammed. Teksi dalam 70 Baht dari Stesyen Udon SUK ke opposite Seacon Square. Kalau dah berhenti opposite dari Seacon Square korang boleh lintas guna jejantas and jalan ke arah HAHA Square and akan nampak kapal.


Nampak kapal ni then terus masuk ke dalam, serious dekat sini banyak gila makanan Halal and sebab Isabella nak try local food and kitorang pon lapar so malam tu aku makan Tom Yam and dia makan Pad Thai. Kat sini jugak banyak bundle and barang barang vintage, so memang best lah nak cuci mata.



Then dah otw nak balik ternampak Cat Cafe, hehehe. Memang aku teringin nak pi Cat Cafe ni and kitorang singgah kejap sebab dah sampai, nama cafe ni Makura Cat Cafe.




So far aku rasa ni lah tempat yang paling menarik untuk trip kali ni, market ni memang jauh sikit tapi berbaloi sangat. Makanan HALAL pon banyak. Aku rasa ni entry yg last untuk trip kali ni, sebab esoknya aku ke Chatuchak Market and Chao Phraya River yang aku pernah post dalam trip ke Bangkok sebelum ni, So aku just share link untuk trip Bangkok sebelum ni, maybe berguna untuk korang. InysaAllah kita berjumpa lagi nanti.