Saturday, September 29, 2018

Day 3 - Hong Kong Disneyland

Hari ke 3 dekat Hong Kong di penuhi dengan aktiviti di Hong Kong Disneyland. Ni salah satu sebab utama aku nak ke Hong Kong sebenarnya, so memang excited harini. Untuk memudahkan korang dekat sini, korang boleh install Hong Kong Disneyland apps which is korang boleh guna untuk check ride apa off, time parade, makanan Halal and map dekat Hong Kong Disneyland. Dekat Hong Kong disneyland ada 2 restaurant Halal, so korang tak perlu risau sangat kalau lapar and boleh bawak roti and air untuk bekal. and untuk memudahkan korang masuk, korang boleh beli siap siap tiket di Klook.

Hong Kong Disneyland.

Hong Kong Disneyland terbahagi pada beberapa section, Main Street USA, Fantasyland, Discoveryland, and Adventureland. Selain tu ada 1 section khas untuk Iron Man, dari apa yang aku baca Iron Man memang famous di Hong Kong.


Masa: 9.30 a.m - 900 p.m

Harga:
Dewasa:  HK$ 350
Kanak kanak:  HK$ 250

Welcome to Hong Kong Disneyland


MTR untuk ke Hong Kong Disneyland.

Welcome to Hong Kong Disneyland.



Main Street USA


Hong Kong Disneyland guidemap.

Berdambar dengan Goofy dan Pluto.

Souvenir yang terdapat di Hong Kong Disneyland.

Waffle Mickey Mouse, wajib try kalau datang ke sini.
Harga: HK$ 50


Adventureland


Tarzan treehouse.


Mickey and Miney Ice-cream.
Harga: HK$ 30

Antara ride yang paling best and menarik ialah Toy's Story.

Korang boleh makan makanan Halal di Explore Club dan Tahitian Terrace, tapi sebabkan Tahitian Terrace tutup so kitorang makan di Explore Club.

Sebabkan Tahitian Terrace tutup so dorang jual Nasi Beryani ni di Explore Club. Sorry sebab aku tak ingat harga dia,tapi sambal dia tu memang sedap.
Harga: HK$ 128

Berbaloi jugak makan Nasi goreng ni sebab sekali dengan ayam dan udang. Harga makanan dekat sini semua sekali dengan air.
Harga: HK$ 30

Fantasyland




Flight Of Fantasy

Korang boleh check Flight Of Fantasy ni pukul berapa dekat Apps Disneyland yang aku mention dekat atas tu. Better book seat awal, sebab orang memang ramai.



So far bagi aku Hong Kong Disneyland tak lah terlalu best tapi tak rugi datang untuk experience once in a lifetime. Ride dia tak lah terlalu extreme macam Universal Studio, and dia lebih kepada show Mickey and friends. Banyak ride dengan show yang tengah maintenance waktu aku pergi, maybe dorang prepare untuk New Year celebration kot. So korang boleh pergi time New Year or time ada celebration yang besar plus sebab time New Year ada bunga api.

Thursday, August 9, 2018

Day 2 - Aktiviti yang padat di Hong Kong


Hari ke 2 kitorang di Hong Kong,  sebabkan banyak tempat yang kitorang plan nak pergi so lepas je breakfast Maggie, kitorang terus gerak ke 1st destination untuk harini.

View dari bilik hotel.

Sejuk sejuk macam ni pekena Maggie memang padu.


Choi Hung Estate

MTR ke Choi Hung station on the Kwun Tong line, then amik exit C3 or C4. Korang akan Nampak bulding flat lama and carpark, basketball court ni ada di atas carpark and di tengah tengah antara building ni.

Destinasi pertama kitorang ke Choi Hung Estate, dibina pada tahun 1964. Bangunan ni di cat warna warni untuk menaikkan semangat penduduk dekat sini. So court ni memang masih diguna pakai oleh penduduk dekat sini, so korang akan tengok penduduk dekat sini berehat dekat kawasan ni.



Bangunan ni memang cantik untuk korang bergambar.


Montage Mansion (Transformers)


MTR ke Quarry Bay, then amik exit A. Jalan ke arah King’s Road and teruskan perjalanan lebih kurang 10 minit. Korang akan jumpa Montage Mansion,actually agak tricky sikit nak kesini and tempat ni pon betul betul di tengah building.

Next kitorang ke Montage Mansion yang famous sebab movie Transformers tu. Bangunan ni sangat iconic dengan Hong Kong, so why not amik gambar dekat sini kan?

Port amik gambar betul betul di tengah building putih tu.

Salah satu scene movie Transformers buat di sini.


Islamic Kitchen (Lunch)

Harga: HK$ 171

MTR ke Causeway Bay,then amik exit Time Square. Dari sini korang boleh google ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Restaurant ni berada di tingkat 2.

Perut pon dah lapar and kitorang terus cari tempat lunch. Islamic Kitchen ni terletak dekat Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick, which is tempat community Islam di Hong Kong. Speciality dekat sini of course lah Dimsum, so korang boleh try macam macam jenis Dimsum yang Halal dekat sini.

Pusing pusing di Times Square dulu before  lunch di Islamic Kitchen.

Halal Dim Sum di Islamic Kitchen

Kitorang lunch Nasi Goreng dan Dim Sum.


Victoria Peak

Masa: 7.00 a.m – 12.00 a.m
Harga: HK$ 45

MTR ke Central Station on Island Line atau Tsuen Wan Line, then amik exit J2.

Next kitorang ke Victoria Peak, kitorang dah booking siap siap tiket di Klook (link), so tak perlu nak beratur panjang. Kalau tak, memang tak sanggup lah nak naik ke atas. View dekat atas memang cantik, korang akan nampak seluruh kepulauan Hong Kong and prepare sweater or baju sejuk sebab dekat atas memang sejuk and berangin.

Angin kuat di Victoria Peak.


View di Victoria Peak memang cantik.



Hollywood Street (Street art)

Dari Victoria Peak, kitorang just waze and jalan kaki ke Hollywood Street. Perjalanan amik masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Hollywood Street. Korang akan nampak banyak Street Art dekat kawasan ni and area Hong Kong Island ni lebih exclusive and ramai pelancong foreigner compare dengan New Territory.



Art Street yang terdapat di Hollywood Street.

Posing sakan minah ni.


Ma’s Restaurant (Dinner)

Harga: HK$ 231

MTR ke Prince Edward, and jalan kaki lebih 5 minit ke Ma’s Restaurant.

Dah puas berjalan seharian, before balik ke hotel kitorang singgah dinner di Ma’s Restaurant, Kowloon. Korang patut try Pan-fried Dumpling with Beef,sebab tu signature dish dekat sini. Tiap kali google Ma’s Restaurant je akan keluar gambar tu. Rupa dia sebijik macam murtabak, so sebabkan rupa yang menarik, kitorang order sampai 2. Tapi lepas gigitan pertama, terus tak lalu makan,tapi korang patut try lah. Hahaha.

Nasi Goreng, Pan Fried Dumpling with Beef and satu lagi tu lupa pulak dah, huhuhu.

Wednesday, July 4, 2018

Hong Kong Trip (5 Mei 2018 - 8 Mei 2018) - Day 1 - Ke Hong Kong ke kita?

Assalamualaikum, alhamdullilah. Bulan 3 yang lepas aku sah menjadi suami kepada Ili Amira Binti Mohd Khairuz and  blog ni aku update lepas 3 bulan balik dari trip Honeymoon kitorang dekat Hong Kong. Maybe sebab malas and banyak sangat kerja,so baru sekarang dapat update. Trip kali ni kitorang ke Hong Kong, sebab utama kitorang nak ke Hong Kong of course lah Disneyland, hehehe.

Perjalanan dari KLIA 2 ke Hong Kong International Airport mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit, so memang agak tepu jugak bila duduk lama lama dalam flight Air Asia ni. Sampai ja dekat Hong Kong International Airport, benda pertama yang kitorang beli ialah Sim Card and Octopus Card. Octopus Card ni macam Touch & Go dekat Hong Kong, semua public transport boleh guna Octopus Card.


Sim Card yang kitorang guna dekat Hong Kong, so far coverage semua ok and tak ada masalah. HK$ 118.


Octopus Card yang kitorang beli dekat MTR station. HK$ 150.

Ada 2 apps yang aku rasa amat berguna untuk trip kalini, Hong Kong Metro - MTR map and route planner dengan Hong Kong Travel Guide. Hong Kong Travel Guide korang boleh search location yang korang nak pergi, contoh restaurant or mana mana then save tempat korang stay. Dia akan tunjuk Station Mtr yang paling dekat and estimate time untuk sampai. Kira lebih kurang waze lah, cuma nya korang boleh save siap siap destination korang. So benda tu buat kan trip korang lebih mudah. Hong Kong Metro - MTR map and route planner pulak korang boleh guna untuk ke destination yang korang nak pi tu, just save MRT station yang korang nak pi,dia akan tunjuk line apa yang korang boleh follow. InsyaAllah tak sesat,hehehe.


Hong Kong Travel Guide.

Hong Kong Metro - MTR map and route planner.

Untuk trip kalini kitorang stay dekat M1 Hotel, Mong Kok. Hong Kong salah satu negara yang property nya memang sangat mahal,so tak heran kalau hotel yang korang duduk tu memang muat muat katil and toilet je.
Bermulah trip beg tarik ke Hong Kong.

Teksi ni mengingatkan aku pada movie Stephen Chow.

Poster yang ada di dalam MRT.

Buluh yang digunakan sebagai scaffolding.

Sebabkan hari pon dh petang and perut pon dah start lapar, kitorang decide untuk dinner and terus ke Mong kok dan Tsim Tsa Shui untuk tengok Symphony Of Light.

Basmallah Kebab House

Harga: HK$ 175

MTR ke Tsim Tsa Shui, then exit A1. Then korang boleh waze ke Chung King Mansion. restaurant ni terletak di tingkat 2 Chung King Mansion.

Dekat Chung King Mansion ni memang penuh dengan Bangladesh and Arab, memang banyak restaurant Halal dekat sini. So korang boleh pilih sendiri restuarant mana yang korang nak try. Portion makanan dekat sini memang besar and sedap.

Chicken Beryani dan Kebab.

Symphony Of Light (Tsim Tsa Shui)

Masa: 8.00p.m - 8.15p.m

MTR ke East Tsim Sha Tsui Station then amik exit L6. Ikut sign and jalan lebih kurang 5 minutes ke Tsim Sha Tsui Promenade. Korang boleh tengok show dari sini. 

Kitorang memang sampai awal sebab kononnya nak amik the best seat untuk tengok show ni. Memang kitorang expect something yang menarik macam Garden By The Bay, Singapore tapi hancusss. Show dia suam suam kuku,and untuk 15 minit ni memang bagi aku tak ada apa yang menarik tentang show ni.

Antara show yang terdapat di Symphony Of Light.




Ladies Market and Mong Kok Street

Masa: 12.00p.m - 11.00p.m

MTR ke Prince Edward and then exit B2 or ke  Mong Kok and then amik exits B2, D2 or D3. 

Selesai je tengok show dekat Tsim Tsa Shui kitorang terus ke Ladies Market and Mong Kok Street. Ladies Market ni terletak dekat Mong Kok and tempat untuk shopping souvenir,tapi taktau kenapa aku rasa Ladies Market ni macam Petaling Street. Maybe kebanyakan barang yang dia jual sama macam dekat Petaling Street.

Antara hotel dan kedai yang terdapat di Mong Kok Street.

Ladies Market.

Pekena Gong Cha dulu segelas.

Property yang mahal menyebabkan kebanyakan rumah kedai dekat sini tutup.