Thursday, August 9, 2018

Day 2 - Aktiviti yang padat di Hong Kong


Hari ke 2 kitorang di Hong Kong,  sebabkan banyak tempat yang kitorang plan nak pergi so lepas je breakfast Maggie, kitorang terus gerak ke 1st destination untuk harini.

View dari bilik hotel.

Sejuk sejuk macam ni pekena Maggie memang padu.


Choi Hung Estate

MTR ke Choi Hung station on the Kwun Tong line, then amik exit C3 or C4. Korang akan Nampak bulding flat lama and carpark, basketball court ni ada di atas carpark and di tengah tengah antara building ni.

Destinasi pertama kitorang ke Choi Hung Estate, dibina pada tahun 1964. Bangunan ni di cat warna warni untuk menaikkan semangat penduduk dekat sini. So court ni memang masih diguna pakai oleh penduduk dekat sini, so korang akan tengok penduduk dekat sini berehat dekat kawasan ni.



Bangunan ni memang cantik untuk korang bergambar.


Montage Mansion (Transformers)


MTR ke Quarry Bay, then amik exit A. Jalan ke arah King’s Road and teruskan perjalanan lebih kurang 10 minit. Korang akan jumpa Montage Mansion,actually agak tricky sikit nak kesini and tempat ni pon betul betul di tengah building.

Next kitorang ke Montage Mansion yang famous sebab movie Transformers tu. Bangunan ni sangat iconic dengan Hong Kong, so why not amik gambar dekat sini kan?

Port amik gambar betul betul di tengah building putih tu.

Salah satu scene movie Transformers buat di sini.


Islamic Kitchen (Lunch)

Harga: HK$ 171

MTR ke Causeway Bay,then amik exit Time Square. Dari sini korang boleh google ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Restaurant ni berada di tingkat 2.

Perut pon dah lapar and kitorang terus cari tempat lunch. Islamic Kitchen ni terletak dekat Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick, which is tempat community Islam di Hong Kong. Speciality dekat sini of course lah Dimsum, so korang boleh try macam macam jenis Dimsum yang Halal dekat sini.

Pusing pusing di Times Square dulu before  lunch di Islamic Kitchen.

Halal Dim Sum di Islamic Kitchen

Kitorang lunch Nasi Goreng dan Dim Sum.


Victoria Peak

Masa: 7.00 a.m – 12.00 a.m
Harga: HK$ 45

MTR ke Central Station on Island Line atau Tsuen Wan Line, then amik exit J2.

Next kitorang ke Victoria Peak, kitorang dah booking siap siap tiket di Klook (link), so tak perlu nak beratur panjang. Kalau tak, memang tak sanggup lah nak naik ke atas. View dekat atas memang cantik, korang akan nampak seluruh kepulauan Hong Kong and prepare sweater or baju sejuk sebab dekat atas memang sejuk and berangin.

Angin kuat di Victoria Peak.


View di Victoria Peak memang cantik.



Hollywood Street (Street art)

Dari Victoria Peak, kitorang just waze and jalan kaki ke Hollywood Street. Perjalanan amik masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Hollywood Street. Korang akan nampak banyak Street Art dekat kawasan ni and area Hong Kong Island ni lebih exclusive and ramai pelancong foreigner compare dengan New Territory.



Art Street yang terdapat di Hollywood Street.

Posing sakan minah ni.


Ma’s Restaurant (Dinner)

Harga: HK$ 231

MTR ke Prince Edward, and jalan kaki lebih 5 minit ke Ma’s Restaurant.

Dah puas berjalan seharian, before balik ke hotel kitorang singgah dinner di Ma’s Restaurant, Kowloon. Korang patut try Pan-fried Dumpling with Beef,sebab tu signature dish dekat sini. Tiap kali google Ma’s Restaurant je akan keluar gambar tu. Rupa dia sebijik macam murtabak, so sebabkan rupa yang menarik, kitorang order sampai 2. Tapi lepas gigitan pertama, terus tak lalu makan,tapi korang patut try lah. Hahaha.

Nasi Goreng, Pan Fried Dumpling with Beef and satu lagi tu lupa pulak dah, huhuhu.

No comments:

Post a Comment