Sebenarnya
kitorang dah deal untuk trip ni waktu dekat Malaysia lagi, thanks to
BBM psl info ni. Dia ada 2 tour, Nusadua tour dengan Kintamani Tour.
Kitorang pilih Kintamani Tour sebab dia lebih kpd tempat lawatan
compare dengan Nusadua yg lebih kpd watersport.
Pukul
8.30 a.m Pak Toto dah tunggu dekat tepi jalan untuk pickup kitorang.
Dari itinerary yg dia bagi, kitorang tukar. Kitorang ubah melawat
kilang kayu and batik semua tu dengan shopping dekat Krishna. So ni
iternary untuk 1 day trip tu. Harga transport plus minyak untuk 1 day trip ni ialah RP 400000.00 . Kalau share 5 orang memang berbaloi sangat.
Barong
Dance at Sari Wisata Budaya – Kintamani + lunch – Ladang kopi –Istana
Tampak Siring – Paddy field at Tenggalang – Monkey Forest -
Krishna
Barong Dance at Sari Wisata Budaya
Perjalan
lebih kurang 30 minit je dr Kuta. Tiket RP 10000.00 then kita akan
dapat synopsis cerita ni, ada banyak bahasa and aku amik Bahasa
Indonesia lah dah Bahasa Melayu tak dak. Korang dinasihatkan baca
benda tu dulu untuk fahamkan cerita ni,sebab cerita ni memang deep
teruk,lg deep dari Fynn Jamal,hahaha.
Kintamani
Perjalanan
nak ke Kintamani ni memang jaug gila, ada dalam 2 jam gak.
Budak-budak ni dah bantai tidur berapa round pon aku tak tau dah.
Kira kitorang sampai pond ah dekat pukul 1.00 p.m, perut memang dh
lapar gila. Aku syorkan korang spare roti lah untuk trip ni. Tiket
untuk ke Kintamani ni RP10000.00 je untuk org local mcm
kitorang,hehehe. Area Kintamani ni sejuk sikit sebab dia tinggi and
view dia memang cantik. Kat Kintamani ni kitorang lunch dekat
Restoran Halal and dia ada buffet,RP80000.00 makan sampai kenyang.
Memang banyak makanan tapi air yg dia sedia cuma air panas,so kalau
korang nak air sejuk,kena order lain lah. Makan facing gunung
berapi,memang menarik. Gunung berapi ni hidup lagi, kalau dia
meletus, memang semua aktiviti dekat Bali ni terpaksa stop.
Ladang
Kopi ( kopi luak)
Next
destination kami ke local farm, Nampak mcm tak menarik tapi actually
banyak input yg boleh dapat. Dekat sini dorang ada tanam Kopi Bali,
Koko, Vanilla, and yg paling menarik mesti la Kopi Luak. Kopi Luak ni
kopi yg dimakan oleh musang, then musang tu akan berak tanpa
hancurkan kopi tu. Lepastu baru kopi tu akan diproses sama mcm kopi
yg lain. Then dekat sini kita boleh rasa semua jenis kopi, free je.
Kecuali kopi luak, RP20000.00. Rugi kalau tak try,try minum tanpa
gula, memang kaw gila.
Istana
Tampaksiring
Salah
satu tempat yang korang memang wajib gi, salah satu dr tapak warisan
dunia under Unesco. Sebab airini Sabtu, so memang ramai gila orang yg
datang sembahyang. Tiket nak masuk RP15000. Apa yg menarik kat sini
ialah org agama Hindu percaya, air yang dorang mandi dekat sini dapat
buang perkara buruk dalam hidup dorang. Btw, aku pernah tgk gamabr
Bam Margera mandi dekat sini kot,hehehe. Tak kenal Bam Margera?sila
google.
Tenggalang Terrace Paddy Field
Otw balik ke Kuta, kami singgah ke Tenggalang, paddy field dia memang cantik, Sebab ni 2nd time aku dating, so excited tu tak dak sangat. Kitorang Cuma stop kejap je untuk amik gambar kat sini.
Monkey
Forest
Then
kitorang ke Monkey Forest, time ni memang dah pena gila, seharian dah
keluar, then aku tau yg Monkey Forest ni tak dak apa,so mood nak pi
pon tak dak sangat,hehehe. Masuk ke Monkey Forest ni Rp20000 and kat
dalam tu ada banyak gila monyet yg korang boleh bagi makan and ada
temple.
Krishna
Souvenir (shopping)
Last
but no least, memang tujuan datang tempat ni untuk shopping, so apa
lagi. Shopping lah,hehe. Kitorang habis masa berjam gak kat kedai
ni,semua benda ada and kualiti baju lagi ok compare dgn yg jual dekat
Kuta. Design pon cantik,Cuma harga mahal sikit,tapi berbaloi.
No comments:
Post a Comment