Wednesday, February 24, 2016

Koh Samui Trip (19 Feb 2016 - 21 Feb 2016) - Day 1 - Fisherman Village Night Market

Assalamualaikum, untuk trip kali ni aku ke Koh Samui. Tempat yang makin famous kalangan orang Malaysia and antara tempat yg aku teringin nak pergi sebab bila google gambar dia memang nampak cantik, tp betul ke memang cantik? hehehe. Trip kali ni aku ber6 and Ily datang lewat sehari sebab kerja. Flight kitorang ke Surat Thani pukul 12.30 p.m waktu Malaysia and perjalanan nak sampai ke Surat Thani amik masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai je dekat Airport Surat Thani terus cepat cepat survey untuk amik bus and ferry ke Koh Samui. Ramai yg recommend untuk amik Seatren Ferry tapi time tu bus dia dah sold out, so kena amik bus sendiri untuk ke jetty. So kitorang decide untuk naik Raja Ferry. Harga tiket untuk bus and ferry ke Koh Samui 400 Baht. Kalau korang amik flight AirAsia dr KLIA 2 ke Koh Samui, nanti harga flight korang tu akan include transport Raja Ferry. Then perjalanan naik bus dari Airport Surat Thani ke jetty amik masa dalam 1 jam 30 minit, kitorang sampai dah tak larat nak tidur dah. Ingatkan dekat je jetty tu. Then naik ferry dari jetty ke Koh Samui dalam 1 jam. Dalam ferry ni ada kedai yg korang boleh beli makanan kalau lapar. Bila dah sampai Koh Samui, kitorang amik teksi untuk ke hotel, memang rasanya harga teksi per person untuk ke hotel 200 baht and perjalanan dalam 40 minit. So kitorang checkin hotel pukul 6.00 p.m waktu Thailand, perjalanan nak sampai ke Koh Samui ni saja amik masa dalam 4 jam and memang penat.

Bus untuk ke Raja Jetty.

Raja Ferry.

Kitorang stay dekat Samui Garden Home, and hotel biasa biasa je, and tak berapa jauh dengan pantai. Malam tu kitorang sewa motor sehari 200 baht and decide nak ke Fisherman Village Night Market, jalan nak ke Fisherman Village ni tak susah pon sebab ada signboard sepanjang perjalanan. And Fisherman Village Night Market ni cuma bukak hari jumaat je ok? kalau hari lain dia just ada kedai kedai biasa je. Sebabkan memang dah lapar seharian tak makan apa, so kitorang memang tibai kaw kaw, and hgn risau sebab dekat pasar ni ada makanan Halal and byk seafood.


Sotong kurita.



Sangkaya is a must kalau dah sampai Thailand.


Credit to Aida Alia

No comments:

Post a Comment