Wednesday, May 10, 2017

Day 2 - Snorkeling Gile Gede, Gili Renggit & Gili Layar

Before datang ke Lombok, sebabkan masa dekat sini memang terhad, kitorang memang dah plan betul betul nak ke mana. Untuk hari ke 2 ni kitorang plan nak ke Gili Gede, and aku check memang perjalanan dari Senggigi ke Jeti untuk ke 4 Gili ni amik masa 1 jam 45 minit. Agak mustahil kalau nak sewa motor ke sini, so before dating kitorang dah deal dengan Opan Lombok (contact number aku akan share nanti) ke Gili Gede. Transport dari Senggigi ke Jeti 600k Rupiah and Bot snorkeling ke 4 Gili tu 600k Rupiah untuk sebuah bot. So kalau korang pi berdua, Cuma korang 2 je pelancong dalam bot tu. Ni antara yg termurah yang aku jumpa time survey haritu.  Pagi tu lepas je breakfast, kitorang terus bertolak ke Jeti Gili Gede, dekat sana kitorang disambut oleh boatman Daeng dengan partner dia. Untuk snorkeling trip ni, ada 4 spot iaitu Gili Gede, Gili Rengit, Gili Layar and Gili Asahan.

Lombok Community Driver boat milik Daeng.

Menikmati Kopi Lombok dari atas bot.

Gili Gede 

Merupakan Gili yang terbesar di Lombok, lebih besar dari Gili Trawangan and dekat sini ada hotel yang korang boleh stay.


Laut yang masih asli di Gili Gede.

Gili Renggit

Dekat Gili Renggit ni ada jeti yang korang boleh lompat dari ketinggian 200m and 400m. Seriously korang kena try sekali, sekali pon ah cukup dah. Hahaha.


Lompat dari ketinggian 400m.

Gili Layar

Spot ke 3 kitorang ke Gili Layar. Dekat Gili Layar ni ada restoran untuk lunch and chalet untuk korang stay dekat sini. Chalet dia harga lebih kurang 400k Rupiah & 600k Rupiah semalam and restoring dia harga standard kalau korang makan dekat pulau lah k? Untuk 2 orang makan dalam 200k Rupiah. Kitorang banyak habiskan masa dekat sini sampai pukul 3.00 p.m. Sebabkan dah penat sangat and kitorang plan untuk makan Sate Lemungan dekat Senggigi Beach, kitorang skip untuk ke Gili Asahan and terus balik ke Senggigi. So far bagi aku snorkeling dekat 3 Gili ni memang best, plus servis dari Opan and Daeng memang superb. Tak rugi kalau korang nak try snorkeling dekat sini sebab coral dia masih cantik and orang tak ramai datang ke sini.

Selamat datang ke Gili Layar.


Senggigi Beach

Lepas balik dari snorkeling, kitorang siap siap untuk ke Senggigi Beach. Dah stay dekat Senggigi rugi lah kan kalau tak ke pantai. Serious ramai sangat orang time weekend, dah rasa macam dekat Port Dickson pulak,hehehe. Kitorang sempat try makan sate yang famous dekat pantai ni, Sate Lamungan, harga cuma 60K Rupiah untuk sepinggan complete bersama nasi impit. Korang kena try Sate Ayam, Sate Sapi, Sate Hati and Sate Usus. Sate Usus tu aku mampu makan secucuk ja, hehehe. Sebabkan malam tu malam last kitorang dekat Senggigi, kitorang habiskan masa jalan jalan di Senggigi and ke Senggigi Art Market.




Sate Campur (Ayam,Sapi,Hati & Usus)

No comments:

Post a Comment